Sabtu, 7 Mei 2016

Buat Debit Card CIMB


Cara Buat Debit Card CIMB. Sebenarnya dah lama peram entry ni, tapi lupa nak publish. Perlu ke buat kad debit? Apa beza kad debit dengan kad ATM? Kad debit CIMB Mastercard membolehkan anda membuat pembelian sama ada runcit atau online melalui akaun simpanan/semasa.

Dengan kata lain, pemilik debit card boleh berbelanja tanpa guna cash dan jumlah pembelian ditolak dari akaun bank anda. Maknanya selagi ada duit dalam bank, anda boleh berbelanja. Kad debit juga berfungsi seperti kad ATM dan boleh digunakan untuk membuat pebelian di luar negara. Kad debit CIMB, Maybank, RHB, atau mana-mana bank sama sahaja. Sebab fungsi kad adalah sama. 

Cara Buat Debit Card CIMB

Untuk memohon kad debit ni senang je, anda perlu ke cawangan CIMB berdekatan dan beritahu pegawai khidmat pelanggan di kaunter hadapan yang anda nak apply kad ATM kepada debit card. Ambil nombor.

Baca: Cara Semak iPhone Original

Dokumen yang perlu di bawa

Tak perlu bawa dokumen banyak-banyak sebab hanya kad pengenalan dan kad ATM lama. Bila berada dikaunter, anda perlu isi maklumat pada borang yang disediakan dan tandatangan beberapa keping kertas.

Baca: Harga Buat MyKad Kekal RM10 

  
Tukar nombor pin di mesin ATM

Anda akan diberikan nombor pin sementara dan anda perlu tukar nombor pin bagi kad debit dalam masa 24 jam untuk elak dikenakan caj sebanyak RM12.

Harga buat debit card CIMB

Untuk makluman harga yang dikenakan bagi memohon kad debit adalah RM15.90,  namun disebabkan saya hanya menaiktaraf dari kad biasa kepada kad debit, ia adalah percuma.

Enable transaksi online

Anda akan menerima SMS yang mengarahkan anda aktifkan kad untuk transaksi online. Anda perlu hantar SMS mengandungi kod tertentu. Namun jika gagal, terus hubungi khidmat pelanggan CIMB melalui nombor yang tertera pada debit kad untuk enable transaksi online.

Debit Card untuk akaun Paypal

Tujuan utama saya buat debit card ni sebab nak buat akaun Paypal selain nak tukar kad baru sebab kad ATM saya dah uzur dan terkopek sejak digunakan pada 2007 lagi. Untuk verified akaun Paypal wajib ada kredit atau debit card. Teramatlah rugi jika seorang blogger tidak memiliki akaun Paypal. Senang untuk terima bayaran advertorial dari syarikat luar negara kerana mereka bayar dalam bentuk USD.

Artikel berkaitan: Cara Buat Duit dengan Blog

Kalau buat duit dengan JOBDIRUMAH akaun Paypal tersangatlah penting bagi memudahkan anda mendapat bayaran kerana dibayar dalam bentuk USD. Jika nak jana pendapatan melalui Jobdirumah boleh daftar di www.jobdirumah.net


Terima kasih kerana membaca Buat Debit Card CIMB

19 ulasan:

  1. nik, entry ni sangat berguna. sebab ena pon tengah berkira2 nak tukar kad atm cimb yg lama ni. susah nk buat belian shaklee seacra online. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah ada debit kad memang senang nak buat urusan jual beli online

      Padam
  2. Dah buat dah debit card CIMB. Bank rimau pun sy pakai debit card jugak..

    BalasPadam
  3. Ada dapat sms dari cimb suruh upgrade kad pada pin enable. Tak pasti apa kelebihan kad baru ni.

    BalasPadam
  4. dulu ada guna kad debit..sekarang jarang jarang pula..boleh juga cuba nie

    BalasPadam
  5. Saya pengguna tegar debit kad Maybank. Dah siap-siap register paypal guna debit kad maybank dah... rogi kalau tak guna kelebihan yang bank bagi kepada pemegang kad debit ni. Tetapi kena waspada la

    BalasPadam
  6. Dah tukar dah debit card cimb ni. Tapi ni dorang sms suruh tukar yang lagi baru pulak. Kemalasan tu yang malas nak tukar tu.

    BalasPadam
  7. Tak pernah apply lagi. Setakat ini hanya guna Public Bank sahaja...

    BalasPadam
  8. saya pakai kad debit biasa yg kosong x ada logo mster card, kalau nk upgrade yg latest trus mydebit 2016 pnya kena charge ke? atau free?

    BalasPadam
  9. Dah buat kad debit cimb.Mcm mna nak link akaun paypal dgn kad debit?

    BalasPadam
  10. Dah buat kad debit cimb.Mcm mna nak link akaun paypal dgn kad debit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada tulis entri bagaimana utk verify paypal. boleh rujuk >> http://www.nikkhazami.com/2016/05/cara-verify-paypal.html

      Padam
  11. sayablm buat kartu untuk CIMB/......

    BalasPadam
  12. Tahun 2016 ni semua bank kena tukar kad debit versi pin baru. Penat juga nak pergi tukar satu-satu bank.

    BalasPadam
  13. saya baru je link kan paypal ke cimb debit saya. kena caj RM4.55. risau juga takut dia caj tiap2 bulan.

    BalasPadam
  14. Ada orang yg pakai debit kad Bank Islam ke? Rasa mcm x ramai.

    BalasPadam