Ahad, 29 Mei 2016

Cara Verify Paypal

verify paypal

Cara Verify Akaun Paypal. Banyak juga keywords 'Paypal' yang masuk dalam blog dan baru-baru ni ada beberapa rakan blogger menghubungi saya melalui email tentang macam mana nak verify akaun Paypal.

Kepada mereka yang masih belum tahu, Paypal adalah laman web pengurusan pembayaran dan jual beli dalam talian terkenal. Ia adalah salah satu cara untuk anda menerima dan menghantar wang secara online ke seluruh dunia kerana Paypal menyokong pelbagai mata wang.

Anda tak perlu risau kerana servis Paypal 100% selamat dan dipercayai sejak ditubuhkan pada 1999. In bermakna anda boleh melakukan transaksi tanpa sebarang masalah. 

Artikel berkaitan: Buat Debit Card CIMB

Cara buat akaun Paypal cukup mudah dan hampir sama seperti mencipta/mendaftar apa-apa akaun di atas talian. Cuma syarat utama untuk mendapatkan akaun Paypal anda perlu ada perlu ada debit kad atau kredit kad yang mempunyai Mastercard atau Visa.

Cara Verify Akaun Paypal

Mempunyai akaun Paypal yang telah diverifikasi atau disahkan membolehkan anda mendapat akses Paypal dengan sepenuhnya. Anda juga boleh membuat transaksi tanpa selai menambah keyakinan 'potential customers' untuk berurusan.

Berikut merupakan langkah untuk verify Paypal menggunakan kad debit CIMB

1. Log in di www.paypal.com
2. Klik 'Get Verified' di bahagian Status


3. Klik 'Profile' > Add/Edit Bank Account
4. Masukkan butiran kad debit seperti dalam gambar di bawah



5. Paypal akan menghantar nombor kod pengesahan ke telefon bimbit, dan anda perlu masukkan kod tersebut pada langkah seterusnya. Siap!

Bagi mereka menjalankan bisnes online atau kaki shopping, Paypal akan memudahkan anda jika ia melibatkan mata wang asing atau beli barang dari store antarabangsa seperti Amazon.

Paypal untuk Blogger

Bagi blogger, Paypal melancarkan urusan terutama ketika menerima bayaran advertorial dari pengiklan luar negara. Lagi best kalau menggunakan medium pengiklanan yang membayar blogger dalam USD contohnya - Revenuehits dan Mobicow.


Nak lebih masyuk, buat duit dengan JOBDIRUMAH sebab satu assignment anda boleh dapat ratusan ringgit selepas convert ke Ringgit Malaysia. Memang highly recommended, boleh daftar kat sini - www.jobdirumah.net

Baca: Panduan Buat Duit dengan Blog
Bila dah ada duit dalam akaun Paypal, boleh la shopping guna USD dengan mudah dan selamat. Saya dah aim nak beli mug The Tonigh Show Starring Jimmy Fallon. Lol! Man, who doesn't like that show?

Entri sebelum ini - Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu

Terima kasih kerana membaca Cara Verify Paypal

7 ulasan:

  1. Cool. Bagus dhare artikel mcm ni. X ramai yg faham bagaimana nak buka accn paypal.

    BalasPadam
  2. Paypal memang salah satu tempat saya simpan duit.. bila currency naik, baru tekan withraw.. ehehe

    BalasPadam
  3. saya pernah buat beberapa tahun yang lalu..entah masih sah atau tidak

    BalasPadam
  4. yup.

    antara benda penting kena ada kalau nak buat duit dengan dollar nih.

    hoho

    BalasPadam
  5. bagus info ni, saya selalu ada masalah bila nak verify

    BalasPadam
  6. MV pun tak pernah tahu macam mana nak buka akaun paypal ni sebab tak pernah berurusan dengan yg perlukan paypal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. rugi MV, mana tau kot2 nak shopping atau dpt advertorial USD.. hehe!

      Padam