Fakta Menarik X-Men Apocalypse

11
 
Fakta Menarik X-Men Apocalypse. Selepas X Men: First Class (2011), Days of Future Past (2014), FOX dan Marvel Entertainment kembali dengan sekuel ketiga, Apocalypse, dalam siri filem manusia mutasi (mutant) X-Men. 

X-Men: Apocalypse mengisahkan konflik dan perang dimulakan oleh Apocalypse iaitu mutant pertama dunia dan yang paling berkuasa bangkit dari makamnya di Mesir. Apocalypse percaya hanya mutant yang boleh menguasai dunia dan mengajak mutant lain menghapuskan manusia biasa. Charles Xavier atau Prof X dan Raven/Mystique kini mengumpul dan melatih mutant X-Men X-Men dalam misi mengalahkan Apocalypse.


Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1983 ini diarahkan oleh Bryan Singer iaitu pengarah yang tidak asing lagi dengan filem X-Men. Apocalypse dibintangi James McAvoy, Jennifer Lawrence, Michael Fassbender, Oscar Isaac, Nicholas Hoult, Sophie Turner, dan Olivia Munn.

Fakta Menarik X-Men Apocalypse

1. Disebabkan Logan / Wolverin telah merentasi masa dalam filem sebelum ini, Days Of Future Past, sejarah telah berubah dan kebanyakkan karakter mutant turut berbeza dari filem X-Men terdahulu. Ini membolehkan mutant yang telah mati dalam filem terdahulu muncul kembali seperti Cyclops, Jean Grey, Storm, Angel, dan Nightcrawler.

2. Filem ini menjadi kontroversi di India kerana menggunakan nama Dewa Krishna sebagai mutant jahat.


3. Ini merupakan penampilan pertama Apocalypse dalam filem live-action sejak karakternya dicipta dalam komik X-Men pada (1986).

4. James McAvoy akhirnya membotakkan kepalanya supaya mirip dengan watak dan personaliti Prof. X dari filem terdahulu dan komik asal. McAvoy membuat panggilan video (Facetime) bersama pelakon asal Prof. X, Patrick Stewart ketika mencukur kepalanya.

mcavoy shaved his head facetime

5. Bintang Kingsman: The Secret Service, Taron Egerton, melepaskan tawaran memainkan watak Cyclops kerana terikat dengan komitmen lain.

6. Nama-nama besar seperti Elle Fanning, Chloe Moretz, Hailee Steifeld, Soirse Ronan, Daisy Ridley, Lily Collins, dan Margot Robbie dipertimbangkan untuk memegang watak Jean Grey sebelum diberikan kepada bintang Game Of Thrones, Sophie Turner.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Captain America: Civil War

7. Babak larian Quicksilver hanya selama tiga minit dalam filem ini. Tetapi penggambaran memakan masa lebih dari tiga bulan. Ini menjadikan Evan Peters berkerja lebih lama dari pelakon lain.

Fakta Menarik X-Men Apocalypse

8. Nicholas Hoult, Michael Fassbender, dan McAvoy mengaku sering bergurau di set penggambaran. Mereka bermain pistol BB Gun sehingga makeup tidak mampu menutup kesan lebam peluru pistol.

Artikel berkaitan: Nicholas Hoult Favorited My Tweet!

9. Ini merupakan filem X-Men terakhir lakonan Jennifer Lawrence kerana beliau tidak lagi mahu memberi komitmen terhadap filem francais. Beliau menjelaskan kontrak filem francais terlalu lama menyebabkan sukar untuknya menerima tawaran lain. Namun tidak menolak sekiranya FOX menawarkan skrip dan bayaran yang bagus.


10. Menurut komik, Nightcrawler merupakan anak kepada Mystique dan Azazel. Namun disebabkan perubahan sejarah yg berlaku dalam filem sebelum ini, status Nightcrawler masih belum pasti.

11. Olivia Munn berlatih menggunakan pedang selama enam jam sehari untuk memainkan peranan sebagai Psylocke.
olivia munn sword training

12. Baru-baru ini Hugh Jackman mengumumkan Apocalypse dan sekuel Wolverine yang bakal ditayangkan pada 2017 adalah filem terakhirnya sebagai karakter ikonik itu. Beliau akan bersara dari memegang watak Wolverine yang dipegangnya sejak tahun 2000.

13. Tom Hardy dan Idris Elba pada asalnya ditawarkan watak Apocalypse, tetapi karakter itu diberikan kepada bintang Star Wars: Ther Force Awakens, Oscar Isaac.

Baca: Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

14. Marvel Entertainment menganggap Apocalypse sebagai filem terakhir X-Men, tetapi tidak menolak kemungkinan pembikinan semula di masa akan datang.

Sumber: IMDb

Entri sebelum ini - Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik X-Men Apocalypse

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. waduh, jadi penasaran nih pengin nonton filmnya, semoga aja ada kesempatan dikemudian hari

    ReplyDelete
  2. fakta-fakta yang terbaik... :)..

    ReplyDelete
  3. agak menarik dan pihak holywood seolah-olah ketiadaan idea yang lebih baik dari itu..

    ReplyDelete
  4. banyak betul citer adiwira. hari tu ironman kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu captain america. iron man pun ada dlm filem tu

      Delete
    2. hahah saya nak sebut pun dah tertukar habis. :p

      Delete
  5. Banyak juga filem fiksyen yang meletakkan mesir sebagai salah satu jalan penceritaan.

    ReplyDelete
  6. saya suka cerita super hero..tapi nak tonton kat panggung memang tak lah..tunggu siaran di TV atau beli CD je la nanti..

    ReplyDelete
  7. sedikit kecewa ama nih film... x men bukan x men tanpa wolverine, masa nongolnya skali doang sih -_-

    ReplyDelete
  8. Benar-benar memukau film ini, saya sampai sekarang masih mengoleksi film X men, hihi nunggu yang baru dirilis mba

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top