Jumaat, 27 Mei 2016

Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu




Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu. iPhone adalah antara telefon pintar terbaik yang pernah dihasilkan. Peranti keluaran Apple ini cukup berkualiti dan mempunyai ratusan ciri mengagumkan, maka tidak hairanlah jika ramai sanggup mengeluarkan belanja besar untuk memilikinya.

Pengguna menggunakan iPhone mereka setiap hari, tetapi oleh kerana terlalu banyak ciri terdapat pada iPhone mungkin ada yang terlepas pandang dan tidak tahu beberapa fungsi tersembunyi. Kita perlu sedar yang iPhone direka bukan sahaja untuk berkomunikasi tapi bertujuan memudahkan kehidupan seharian.

Berikut merupakan beberapa trick atau ciri yang tersorok dan anda mungkin anda tidak tahu wujud pada iPhone.

Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu

Reka vibration sendiri - Vibration yang telah tersedia mungkin terlalu 'boring'atau menyebabkan anda tidak sedar telefon bergetar dalam poket. iPhone membenarkan pengguna mencipta vibration mengikut citarasa masing-masing.

Cara buat vibration iPhone [Klik utk besarkan gambar]

Masukkan simbol dengan pantas - Anda mungkin pernah merungut ketika ingin memasukkan simbol atau tanda baca ketika menaip. Ini kerana ketika keyboard anda berada di ABC untuk menaip, anda perlu tekan 123 untuk masukkan simbol. Kemudian perlu tekan ABC balik untuk sambung menaip. Malas kan?


Tapi ada cara yang lebih mudah! Untuk masukkan simbol, anda hanya perlu tap and hold butang 123, kemudian gerakkan ke arah simbol yang anda inginkan tanpa mengangkat jari. Secara automatik anda akan dibawa ke keyboard ABC. Dan double-tap 'Space' untuk noktah.

Artikel berkaitan: Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

Lampu flash untuk notifikasi - Saya pernah sebut dalam entry bertukar dari Android ke iPhone di mana salah satu kekurangan iPhone adalah tidak memiliki lampu LED  yang menyala setiap kali menerima notifikasi. Well, iPhone memang tidak sediakan built-in notification LED. Tapi anda boleh buat sendiri in case ringtone dan vibration tidak menarik perhatian anda.


Settings > General > Accessibility > Hearing > LED Flash for Alerts. Setiap kali menerima notifikasi, flash camera akan menyala.

Guna enam digit passcode - Kini iOS9 dan ke atas telah menyokong enam digit sebagai kata laluan peranti. Menambah dua dari empat digit sebelum ini mampu meningkatkan keselamatan iPhone anda.


Settings -> Touch ID & Passcode -> Enter your passcode -> Change Passcode -> Enter your old passcode -> Enter a new passcode twice

Delete nombor pada kalkulator - Anda pasti kecewa apabila tersalah taip nombor yang panjang dalam aplikasi kalkulator kemudian terpaksa mula dari awal. Aplikasi kalkulator yang disediakan tidak mempunyai butang 'Delete', tapi anda boleh padam nombor yang tersilap taip dengan hanya swipe di bahagian hitam.

Baca: Cara Semak iPhone Original

Matikan musik dengan timer - Saya yakin ramai yang tertidur ketika mendengar music. Namun memainkan muzik hingga ke pagi menyebabkan telefon anda kehabisan bateri. Dengan 'Stop Playing' timer, anda boleh menetapkan selama mana muzik dimainkan selepas anda terlelap. Fungsi tersembunyi iPhone ini boleh membantu dalam menjimatkan bateri


Buka aplikasi Clock > Timer > When Timer Ends > Setkan masa > Stop Playing. Tekan 'Start' pada timer dan mainkan lagu pada aplikasi Music.

Sebenarnya masih banyak lagi ciri yang ada pada iPhone, kena la rajin explore. Rugi beli iPhone mahal tapi tak digunakan dengan sepenuhnya. 

Entri sebelum ini - Fakta Menarik X-Men Apocalypse

Terima kasih kerana membaca Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu

2 ulasan:

  1. wah..info yang bagus nik, tq ;)

    BalasPadam
  2. uitt..

    ingatkan entri iphone yang yeop asyik baca fakta sama je. tapi dua benda je yeop tau. yang lain okeylah, tau sikit.

    kena rajin menyelongkar iphong tu, baru ada feeling. hehehe

    BalasPadam