Khamis, 12 Mei 2016

Logo dan Layout Baru Instagram


Logo dan Layout Baru Instagram. Hari ini aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram, memperkenalkan logo/icon serta antaramuka/layout dalam kemaskini terbaharu mereka yang kini boleh digunakan semua pengguna Android dan iOS. 

Menurut Instagram, logo terbaru itu diinspirasikan dari logo terdahulu ketika aplikasi ini mula dibangunkan pada 2010. Bukan itu sahaja, designnya juga diberi suntikkan baru yang lebih modern dengan gabungan warna 'gradient' iaitu ungu, merah jambu, jingga, dan kuning. 

Layout/antaramuka lebih minimalis

Beberapa minggu lalu, Instagram telah menguji layout baru dan hanya sebilangan kecil pengguna boleh menikmatinya. Kini layout itu telah dilancarkan secara rasmi bersama dengan logo baru. 

Rekaan layout kali ini lebih ringkas dan minimalis dengan hanya memaparkan warna hitam dan putih. Instagram berkata, design ringkas ini membolehkan pengguna memberikan fokus terhadap gambar yang dikongsikan tanpa mengubah navigasi aplikasi itu.

Baca: I Got Beme Shirt

Logo baru dikritik netizen

Seperti biasa, setiap kali kemaskini secara besar-besaran dilakukan pasti akan ada menerima kritikan netizen. Kebanyakkan pengguna Instagram tidak mengukai logo terbaru dan mengutuk dengan melontarkan sindiran di laman sosial.

Secara jujurnya saya pun tak berapa suka dengan logo tu. Terlalu terang dan tampak seperti aplikasi murahan. Tapi sudi-sudi la follow Instagram saya - @nikkhazami 

layout baru instagram

Entri sebelum ini - Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu

Terima kasih kerana membaca - Logo dan Layout Baru Instagram

4 ulasan:

  1. haha..

    apsal ramai yang cerita bab logo baru tuh. hehe

    BalasPadam
  2. tak perasan pun pasal logo baru.. haha

    BalasPadam
  3. Memula ingat eh betul ke logo insagram ni, memang nampak terang tapi maybe itulah perubahan yang praktikal kot

    hehe

    BalasPadam