Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3

4

Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3. Duda Terlajak Laris bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan bakal disusuli dengan sebuah lagi drama bersiri yang akan mengisi Slot Akasia bertajuk SEINDAH TAKDIR CINTA. 

Drama rantaian 28 episod terbitan Zeel Production arahan pengarah dan pelakon berbakat, Zulhuzaimy Marzuki, ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama tulisan Kamsiah Abu. 

Seindah Takdir Cinta dibintangi pelakon popular Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, dan Redza Rosli sebagai teaju utama. Turut membantu dalam menjayakan drama ini adalah Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamarudin, Nazzaty Rusli, Haff Ridzuan. Raja Emma, dan Aidit Noh. 



Drama ini bakal bersiaran mulai 25 Mei 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama Seindah Takdir Cinta Tv3

Mia Karmila ialah  anak kepada Dato Kamal dan Datin Mariam. Dibesarkan dengan limpahan kemewahan menyebabkan mempunyai gaya hidup serba sempurna dan sosial. Setelah mula berhijrah ke arah yang lebih baik, Mia mula rapat dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman. Setelah beberapa kali bertemu, mereka mula jatuh cinta. 

Namun dalam masa yang sama, Adrian, anak kepada Tan Sri Affendy menagih cinta Mia. Biarpun Adrian sering didampingi oleh ramai wanita lain, hanya Mia yang bertakhta dihatinya. Lebih-lebih lagi setelah melihat perubahan ketara Mia yang lebih baik dari dulu. Adrian nekad untuk menjadikan Mia sebagai isterinya.

Keluarga Adrian dan Mia pula merestui hubungan mereka memudahkan jejaka itu meneruskan niatnya untuk berkahwin. Hati Mia berbelah bagi dan terpaksa menikahi Adrian lebih-lebih lagi jejaka itu memenuhi setiap syarat yang diletakkannya.

Lebih mengejutkan Mia apabila mendapat tahu bahawa Shahriman merupakan antara individu yang berusaha membantu Adrian untuk menikahinya. 

Setelah bernikah, Adrian dimasukkan ke hospital. Mia tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan setia menjaga Adrian di hospital. Sukar bagi Mia untuk melupakan Shahriman lebih lebih lagi apabila sering bertentang mata dengan Shahriman ketika menjadi suaminya di hospital.

Bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia serta ibubapa mereka menunaikan umrah. Shahriman sudah tidak mampu lagi melawan perasaannya melihat Mia dan Adrian semakin rapat. Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam best je cerita nie..tapi basicly kisah cinta yang biasa sahaja dalam kehidupan kita

    ReplyDelete
  2. ala bestnya jalan citer dia. tapi macam dah tipikal drama melayu pun ya jugak kan

    ReplyDelete
  3. Pelakon veteran Raja Ema pun ada juga..

    ReplyDelete
  4. boleh tahan jugak citer ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top