Selasa, 28 Jun 2016

10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan


10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan Ini. Perkataan sinonim dengan Lazada adalah... MURAH. Tak kira masa, musim perayaan, atau hari tertentu, pasti ada je jualan murah yang diadakan. Malah ada ketikanya mereka menawarkan harga yang tak masuk akal contohnya potongan sehingga 90%.

Itulah istimewanya Lazada, bermacam-macam produk dan pelbagai jenama dan sering menjual barang dengan harga jauh lebih murah dari pasaraya. Tak hairanlah kalau Lazada mendapat jolokkan 'portal nombor satu Malaysia'.


Setiap tahun Lazada tidak pernah terlepas dari mengadakan jualan murah sempena Aidifitri. Tahun ni makin menjadi-jadi pulak harga yang ditawarkan, boleh kena rasuk bila masuk portal Lazada. Tapi dalam entri ni saya senaraikan 10 item idaman untuk hari raya nanti.

10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan

1. Harry Potter and The Cursed Child - Kalau anda biasa singgah blog ni atau follow Instagram pasti anda tahu yang saya ni seorang bookworm. Saya baca buku pertama Harry Potter masa berumur 13tahun dan ketujuh-tujuh siri penuh magis masih elok tersusun atas rak buku.  Siapa sangka JK Rowling telah menulis buku ke-lapan yang merupakan kesinambungan kisah Harry 19 tahun kemudian. 


Saya dah check beberapa portal shopping online lain termasuk kedai kedai buku sendiri. Ternyata pre-order Harry Potter and The Cursed Child di Lazada paling murah iaitu  RM83.93 (harga asal RM119.90 -30%. Buku ke-lapan ni memang wajib baca! >> Boleh beli di sini.

2. Daniel Wellington - Sebagai penggemar jam tangan, tak lengkap rasanya kalau saya tak selitkan jam  Daniel Wellington yang tengah 'in' sekarang. Well, saya dah ada satu, tapi yang pirate.. lol! Teringin jugak nak pakai DW yang original. Boleh la tambah satu lagi jam dalam koleksi.


Lagipun saya dah pernah beli jam Casio Gold di Lazada beberapa bulan lepas. Sangat berpuas hati dengan harga dan kualiti jam tu. Saya dah cerita dalam entri Pengalaman Beli Barang di Lazada. >> Kalau nak boleh beli di sini.

3. Flash Plus 2 - Okay, ni untuk my mom because she kept saying she wanted a smartphone. So, Bila usha-usha Lazada tadi ternampak promosi Flash Plus 2. Spesifikasi? Not bad at all. Kamera belakang 13-Megapixe, 2GB RAM, dan hadir dengan pengimbas cap jari. Design pun cantik dan nak nampak luxury.


Kalau nak tahu pengeluar telefon ni dah berkerjasama dengan Lazada. Ini bermakna pelanggan tak akan dapat harga istimewa kat tempat lain! Cuma RM599 (16GB). >> Boleh beli di sini.

4. Apple Watch 38mm Rose Gold - Is it too much if I ask for an Apple Watch? Sebab jam tangan pintar keluaran Apple ni dah lama ada dalam wishlist. Apple Watch bukan sahaja nampak smart bila di pakai tetapi boleh memudahkan lagi urusan di mana kita boleh check notification email, text, reminder, dan Twitter pada jam sahaja.

Sekarang Apple dah keluarkan warna Rose Gold, haihh.. cantik. Hati 'meronta-ronta' nak Apple Watch! >> Untuk lebih details rujuk sini.

5. LG 32 Inch LED Tv - Ok, saya ni tak tengok tv sangat. Kalau tengok pun cuma Keeping Up With The Kardashians dan The Ellen Show je. Tu pun tengok kat dapur. Filem dan American series saya download dan tengok kat laptop. Jadi saya nak tv LG ni sebab nak ganti tv zaman dinasor yang saya guna dalam bilik sekarang, baru la lawa sikit. Tv bersaiz 32 inci is more than enough for me. >> Boleh beli di sini.
 

6. Kate Spade New York - Ni adalah satu lagi barang yang saya nak pada Ramadan. Kalau dah perempuan memang tak sah kalau tak beli handbag. Saya teringin nak Kate Spade. Apa lagi sebab bag tu cantik dan berjenama. Tak sangka Kate Spade pun ada kat Lazada. >> Boleh beli di sini.


7. Micke Computer Desk - Saya tengah plan nak pindah bilik baru tak lama lagi. Alang-alang pindah tu nak jugak ganti meja yang saya guna untuk blogging sekarang dengan yang baru. So, saya jumpa meja computer dari Nesthouz.com masa tengok Lazada tadi. Cantik, ala-ala Scandinavian. Boleh la berangan workspace cantik macam gambar dalam Pinterest. Hee! >> Boleh beli di sini.


8. Western Digital My Passport Ultra 1TB -  Okay, item seterusnya adalah external hard drive. Saya ni kaki download jadi hard drive yang saya ada sekarang dah hampir penuh dengan movies dan tv series. Jadi saya nak upgrade sikit storage kepada 1TB. Jenama Western Digital memang dah terkenal dengan kualitinya. Kat kedai mahal sangat, tapi di Lazada ada diskaun 32% iaitu RM229 (harga asal RM339). >>Boleh beli di sini.


9. Sony Wireless Portable Speaker - When it comes to music, I take it very seriously. Kalau betul-betul nak dengar lagu, kena la dengar melalui speaker yang berkualiti. Jenama apa lagi kalau bukan Sony, lagipun speaker ni portable. Boleh dibawa ke mana-mana. Bayangkan kalau dengar lagu Coldplay dengan speaker Sony ni.. Wow! >> Boleh beli di sini.



10. Ther A Pedic Backsense Mattress - Bagi melengkapkan 10 barang yang saya mahu pada Ramadan, saya selitkan tilam  sebab kat atas tadi saya dah bagi tahu yang saya nak pindah bilik. Tapi tilam takde lagi. Tilam Ther A Pedic Backsense Mattress ni nampak empuk je. Pastinya tidur akan jadi lebih nyenyak dan selesa. >> Rujuk di sini.


Kalau ikutkan banyak lagi barang yang berkenan kat Lazada ni sebab semuanya murah. Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan macam sekarang. Korang pun boleh shopping kat Lazada, saya dah tunjukkan cara dalam entry INI.
Entry sebelum ini - Fakta Menarik Finding Dory

Terima kasih kerana membaca 10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan

5 ulasan:

  1. sekarang ni kena utamakan anak-anak dulu.. ekonomi tak berapa stabil :)

    BalasPadam
  2. kalau saya nak ada satu lagi laptop..senang sikit nak buat kerja.

    BalasPadam
  3. Wah Nik,banyak juga barang yang nak di beli tu ya...

    BalasPadam
  4. cantik pula tgk komputer desk tu...

    BalasPadam
  5. Gadget seperti smart phone memanglah jadi barangan yang dikehendaki oleh ramai orang sebagai hadiah utk diterima. Tapi harga mahal, bukan semua orang boleh bagi hadiah seperti ni.

    BalasPadam