Sabtu, 18 Jun 2016

Ciri dan Fungsi Baru iOS10


Ciri dan Fungsi Baru iOS10. Pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC2016), Apple telah memperkenalkan kemaskini terbaharu sistem operasi mereka iaitu iOS10. Apple memberitahu kemaskini kali ini adalah yang terbesar yang pernah dilaksanakan pada sistem operasi mereka. 

Ia meliputi beberapa perubahan besar dan penambahbaikkan peranti mudah alih serta menyertakan pembaharuan demi kepuasan pengguna. iOS10 boleh dimuat turun pengguna iPhone, iPad, dan iPod Touch pada September ini manakala versi beta pula pada Julai. 

Berikut merupakan antara beberapa ciri baru yang boleh dinikmati pengguna pada iOS10 kelak.

Ciri dan Fungsi Baru iOS10

1. Buka aplikasi lain menggunakan Siri - Sebelum ini anda telah pun dibenarkan membuka aplikasi menggunakan pembantu peribadi pintar, Siri. Kali in Apple telah melakukan penambahbaikkan dengan memberi akses pada aplikasi lain. Contohnya, anda boleh mengarahkan Siri supaya menghantar mesej kepada rakan melalui WeChat dan WhatsApp. Anda boleh menyebut "Siri WhatsApp Ryan that I'll be five minutes late". Selain itu Siri kini turut menyokong aplikasi popular seperti Pinterest, Uber, Shutterfly, RunKeeper dan banyak lagi.

Berkaitan:  Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

2. Galeri gambar - Apple telah memberi suntikkan baru pada gambar yang ada pada peranti mereka. Ia kini mampu memahami sesuatu gambar dari segi latar belakang, orang, dan lokasi. Jadi anda boleh membuat carian gambar menggunakan teks, dan ia akan memaparkan gambar berkaitan dengannya.


Selain itu Apple turut menambah fungsi 'Memories' pada album gambar dengan mengumpulkan gambar seperti percutian, bersama rakan, atau topik tertentu dalam satu album seolah-olah majalah.

3. Maps -  iOS10 membaikpulih dan menambah beberapa ciri pada Maps. Paparan Maps kini sedikit berbeza dan lebih baik dari yang sebelumnya. Pengguna boleh melihat cadangan laluan berdasarkan lokasi dan aktiviti harian. Selain itu kereta yang mempunyai sokongan Apple CarPlay bukan sahaja menerima cadangan laluan berdasarkan trafik semasa, tetapi ia akan memaparkan peta 'turn-by-turn' pada skrin.

Baca: Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar

4. Apple Music - Aplikasi penstriman muzik yang dibangunkan Apple iaitu Apple Music turut mempunyai ciri baru. Ia kini memaparkan cover art yang lebih baik serta menyediakan lirik lagu. Paparan grafik juga lebih kemas dan ceria serta menambah fungsi 'For You' bagi memudahkan anda menambah lagu dalam playlist dan mencadangkan lagu seperti Spotify .


5. Rise to wake - Pengguna kini tidak perlu menekan sebarang butang untuk mengaktifkan telefon. Apple telah membangunkan ciri baru pada iOS10 iaitu Rise To Wake. Anda hanya perlu mengangkat iPhone untuk melihat notifikasi. Fungsi ini pasti memberi kelegaan kerana sebelum ini ramai pengguna merungut butang Home dan On/Off cepat rosak disebabkan sering menekannya untuk membaca notifikasi.

6. Buang aplikasi yang tidak dikehendaki - Apple akhirnya membenarkan pengguna membuang aplikasi yang telah terbina dalam iPhone seperti Maps, Notes, Calculator, Tips, Reminders, Mails, dan lain-lain. Membuang aplikasi yang tidak digunakan semestinya boleh menjimatkan storan telefon. Namun jangan risau kerana anda boleh memuat turun aplikasi semula berkenaan di AppStore.


7. Buang semua notifikasi - iOS10 kini membolehkan pengguna membuang semua notifikasi dengan 3D Touch. Ciri yang sebelum ini terdapat pada peranti Android kini boleh dinikmati pengguna iOS. Dengan menekan butang 'X' dengan lebih lama, anda akan diberi pilihan untuk membuang semua notifikasi. Mereka yang mempunyai OCD sudah pasti teruja dengan ciri baru ini.

Baca: Bertukar dari Android ke iPhone

8. Control Center - Control Center yang terdapat di bahagian 'swipe ke atas' turut berwajah baru. Ia masih lagi memberi akses pantas atau 'short cut' kepada lampu suluh, kalkulator, timer, dan camera. Tapi kali ini iOS10 membenarkan pengguna untuk swipe ke kiri dan kanan untuk memberi akses pantas yang lebih banyak. Manakala kawalan muzik pula terpapar jika anda swipe ke kanan.


9. Lock screen - Antara fungsi baru yang ketara dalam iOS10 adalah pada lock screen. Pengguna tidak lagi perlu unlock untuk membaca notifikasi. Bahkan, 3D Touch lebih memudahkan anda utuk memberi respon jika menerima pesanan ringkas.


10. Transkrip audio kepada text -  iOS10 juga mampu transkrip pesanan suara kepada text dan akan menyimpannya buat rujukan masa hadapan. Walaubagaimanapun, ia terhad kepada beberapa bahasa sahaja.

11. QuickType - Apple turut membawa kepintaran Siri pada keyboard melalui QuickType. Pengguna kini boleh membuka data dari aplikasi lain ketika membalas mesej. Contohnya jika rakan bertanya "where are you?", QuickType akan terus menghantar peta lokasi anda berada.


Itu hanya sebahagian daripada puluhan perubahan yang ada pada sistem operasi iOS10. Segala pembaharuan dan baikpulih  yang dilakukan Apple adalah untuk keselesaan dan memudahkan pengguna dalam melakukan tugasan harian ketika menggunakan peranti mereka. 

Entri sebelum ini - Fakta Menarik The Conjuring 2

Terima kasih kerana membaca Ciri dan Fungsi Baru iOS10

5 ulasan:

  1. haishhh menarik betul si epal nih, setakat nih belum berduit lagi nak beli huhu

    BalasPadam
  2. Wahhh.. cambest je fungsi baru ios10 nie.. ehehe

    BalasPadam
  3. ciri-ciri apple semakin canggih..terbaik la gitu

    BalasPadam
  4. Ye lah mcm best je handphone ni. Apple always give the best...

    BalasPadam
  5. Ye lah mcm best je handphone ni. Apple always give the best...

    BalasPadam