Isnin, 20 Jun 2016

Fakta Menarik Finding Dory

Fakta Menarik Finding Dory

Fakta Menarik Finding Dory. Siapa yang tidak pernah menonton filem animasi popular terbitan Walt Disney dan Pixar Animation, Finding Nemo (2003)? Gara-gara kehebatan Finding Nemo, ikan oren itu mendapat jolokan 'Nemo' walhal nama ikan itu adalah clownfish atau nama saintifiknya A. ocellaris.

Kejayaan filem berkenaan mendorong Disney dan Pixar untuk menerbitkan sekuel kedua bertajuk Finding Dory, sekaligus menamatkan penantian peminat selama 13 tahun terhadap filem yang mengisarkan hidupan laut itu. Diarahkan oleh Andrew Stanton filem ini masih lagi mengekalkan pelakon sama, iaitu Ellen Degeneres sebagai Dory.
Finding Dory mengisahkan perjalanan Dory dengan bantuan Marlin dan Nemo dalam menjejaki keluarganya yang telah lama terpisah. Namun sepanjang pencariannya Dory terpaksa menempuhi pelbagai rintangan selain terpaksa bergelut dengan 'short-term memory loss' (hilang ingatan jangka pendek) yang dihidapinya sejak kecil.


Fakta Menarik Filem Finding Dory

1. Andrew Stanton sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem kedua. Beliau sebelum ini pernah terlibat dengan pembikinan beberapa filem Disney Pixar popular seperti Toy Storu, Wall-E, Monster Inc, A Bug's Life, dan John Carter.

2. Ellen Degeneres mendapat hak eksklusif untuk mengumumkan tentang penerbitan filem ini  dan menyiarkan trailer buat pertama kali dalam rancangan temubualnya, The Ellen Show. 


3. Finding Dory berlatar belakangkang pantai California dan penonton tidak akan lihat teknologi yang wujud pada ketika ini kerana jalan cerita filem ini adalah enam bulan selepas peristiwa yang berlaku dalam Finding Nemo.

4. Tarikh tayangan filem ini pada asalnya dijadualkan pada November 2015, namun Pixar memberi laluan kepada tayangan The Good Dinosaur.


5. Kod A113 tertera pada nombor plat trak CALA113 dalam filem ini. Kod popular A113 muncul dalam semua filem terbitan Pixar sebagai penghargaan kepada Cal Arts, iaitu studio yang disertai animator Pixar. 


6. Aktor Hayden Rolence menggantikan Alexander Gould sebagai suara Nemo disebabkan Gould kini telah memasuki alam remaja dan suaranya tidak lagi sesuai sebagai Nemo.

7. Babak Hank si sotong octopus dalam tangki mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan. Animator terpaksa memberi penekanan terhadap mata dan kening Hank kerana mulutnya hampir tidak kelihatan.


8. Filem Finding Dory mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.  

9. Andrew Stanton mendapat idea untuk menghasilkan Finding Dory selepas menonton Finding Nemo buat pertama kali pada 2010. Ketika menonton, beliau tidak menjangka Dory akan berjumpa dengan Nemo dan Marlin selepas sesat di tengah lautan. Dari situlah beliau yakin Pixar boleh menerbitkan filem tentang Dory. 


10. Penulis skrip berkerja keras dalam memastikan watak Dory memaparkan semangat juang yang tinggi dan bukan hanya seekor ikan yang kelakar, gopoh, dan dungu.

finding dory ellen degeneres in studio

11. Dalam memastikan penonton memberi tumpuan sepenuhnya kepada Dory, pihak produksi menggunakan teknik 'silhouette' atau kabur terhadap watak manusia.

12. Beberapa orang krew termasuk pengarah melawat Monterey Bay Aquarium di California bagi mendapatkan inspirasi dalam menghasilkan tempat tinggal baru Dory.
sumber: IMDb

Entri sebelum ini - Jualan Murah Lazada Raya 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Finding Dory

10 ulasan:

  1. pergh.. pasti anak-anak suka tengok movie ni nanti..

    BalasPadam
  2. tak tengok lagi cerita ni.

    cam best gak nih.

    BalasPadam
  3. aku x tgk lagi citer nih, episod yang lalu ada la tgk, xtau kenapa xda minat skrg, maybe dah tua kot, hehee

    BalasPadam
  4. Salam Nik khazami.. ni first time saya datang blog awak. akk masih newbie. menarik lihat blog ni penuh info yang bermanfaat. Fakta menarik finding dory ni buat saya rasa nak bawak anak pegi tengok jer...tapi tunggu lepas raya.. sure meriah cerita yang dinanti-nantikan ni.

    BalasPadam
  5. Anak buah saya dah request tengok citer masa raya nanti.. ehehe

    BalasPadam
  6. Lepasni ikan Dory akan jadi belaan umat manusia.

    BalasPadam
  7. wah pasti menarik jalan cerita nya ni....tak sabar nak tengok...

    BalasPadam
  8. Filen terbitan walt Disney tak pernah mengecewakan

    BalasPadam