Ahad, 12 Jun 2016

Fakta Menarik The Conjuring 2

fakta menarik the conjuring 2


Fakta Menarik Filem The Conjuring 2. Selepas kejayaan filem pertama pada 2013, pengarah yang terkenal penghasilan filem seram, James Wan, kembali dengan sekuel kedua yang mengikuti kisah seram penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

The Conjuring 2 diinspirasikan dari kisah sebenar  pasangan Warren mengembara ke Enfield United Kingdom pada 1977 bagi membantu keluarga Hodgson yang mengalami gangguan makhluk halus. 

Masih lagi mengekalkan pelakon sama iaitu Patrick Wilson dan Vera Farmiga, filem ini dikatakan antara filem seram terbaik yang pernah dihasilkan.

Fakta Menarik The Conjuring 2

1. Pengarah kelahiran Malaysia, James Wan, sebelum ini merupakan pengarah filem aksi Furious 7, beliau ditawarkan sejmlah wang yang banyak untuk mengarahkan Furious 8. Tetapi beliau menolak tawaran itu untuk mengarah The Conjuring 2. 


2. Pada hari pertama penggambaran filem ini, paderi dijemput untuk 'merahmati dan membersihkan' set lokasi.

3. Walaupun diangkat dari kisah sebenar, walaubagaimanapun keseluruhan jalan cerita tidak berdasarkan apa yang berlaku kepada keluarga Hodgson. Pihak studio terpaksa mengubah susur masa supaya selari dengan filem pertama. Selain itu rumah Hodgson tidak memilik ruang bawah tanah dan hantu dalam filem ini direka untuk menambah rencah filem. 

Gambar sebenar keluarga Hodgson



4. Pihak produksi ke beberapa buah negara untuk mencari kanak-kanak sesuai untuk memegang watak Janet. Mereka mencari seseorang yang berwajah naif tetapi bermasalah. Akhirnya mereka menjumpai Madison Wolfe dari Louisiana, USA, yang menghadiri ujibakat dengan memakai rambut palsu dan kanta lekap, serta bertutur dalam loghat British.

5. Walaupun tahu bertutur loghat British, Wolfe, tetap belajar loghat dengan jurubahasa bagi mendalami watak Janet. 


6. Pihak studio masih belum mengesahkan penerbitan The Conjuring 3, akan tetapi ketika proses pembikinan filem pertama mereka mengumpul dan mengkaji 27 kes yang pernah disiasat oleh Warren. 

7. Vera Farmiga berdepan dengan masalah sakit kerongkong kerana terpaksa menjerit dalam hujan dalam salah satu babak. Bunyi mesin yang menghalang hujan dari terkena kamera terlalu kuat menyebabkan beliau terpaksa menjerit dengan lebih kuat dari yang sepatutnya. 

the conjuring the rain scene

8. Penulis siri televisyen popular, The Walking Dead, David Leslie Johnson, dilantik untuk menulis The Conjuring 2. 

9. Kisah seram yang dialami oleh keluarga Hodgson di Enfield merupakan kisah yang paling popular dan sering diperkatakan dalam sejarah penyiasatan paranormal.

10. Patrick Wilson menggunakan suaranya sendiri unutk babak nyanyian dalam filem ini.

11. Babak awal filem ini memperlihatkan pasangan Warren di rumah seram Amityville. Dalam babak ini Lorraine memakai baju hujan dan berseluar panjang. Kostume ini diinspirasikan dari pakaian Lorrain Warren sebenar ketika melawat rumah Amityville.

12. Anggota keluarga Hodgson sebenar sempat berkunjung ke set penggambaran. Frances O'Connor yang memegang watak Peggy enggan bertemu mereka kerana bimbang akan mengganggu lakonannya. 
sumber: IMDb/Collider


Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik The Conjuring 2

23 ulasan:

  1. dh tgk yg part 1.. mmg seram.. tak sabar nk tgk part 2 plak.. ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi seram dari filem Munafik ke?

      Padam
    2. tak seram pun munafik. jump scare entah ape2 heheh

      Padam
  2. Plot dan skrip yang menarik, ada elemen kemanusiaan dan perasaan.. good director Mr James Wan

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengarah filem seram terbaik setakat ni

      Padam
  3. dalam minggu ni, ramai juga yang cakap di fb cerita ni best. saya bukan tak nak tengok, tapi tak nak terkejut.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni respon penonton mmg positif

      Padam
  4. walaupun jenis penakut..tapi kadang2 teringin juga nak tengok horror movies..=)

    BalasPadam
  5. takkan tengok citer2 camni. huhuh

    BalasPadam
  6. perkongsian yang menarik...teruskan update

    BalasPadam
  7. Teringin nak tengok, tapi lemah semangat. Bukan takut. Hehe.. Yang pertama pun blom tengok. Sebab lemah semangat sikit tengok cerita² jenis macam ni. :P

    BalasPadam
  8. peminat cter seram mmg tertunggu-tunggu la..

    BalasPadam
  9. Cukup tak suka tengok cter hantu nie.. Wuuuu

    BalasPadam
  10. xsuke tengok cite antu. penakut yahamat. kdg mmg teringin nk tgk. 1st conjuring i tgk online tp volume 'mute' mode. heheheheh

    BalasPadam
  11. rajin diorang mengkaji benda-benda macam ni eh.

    BalasPadam
  12. Belum berkesempatan untuk tengok lagi tapi cerita ni sangat menarik perhatian :)

    BalasPadam
  13. cerita seram ni bukan pilihan saya lah, kang tak tidur malam berbulan-bulan huuuu

    BalasPadam
  14. Dengar kata, cerita ni seram betul. Siap ada yang kena histeria kat panggung

    BalasPadam
  15. Plan nk tgk conjuring 2 nie hari nie.. sbelum tu bleh gak sy usha fakta menarik nie..

    BalasPadam
  16. best cerita conjuring 2 ni, starting dia pun dah best masa perempuan tu masuk dalam alam lain..hehe kami tengok movie online je tak sempat nak g wayang

    BalasPadam