Punca Kematian Muhammad Ali

5

Punca Kematian Muhammad Ali. Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Pheonix, Arizona. Menurut laporan AFP, Ali berada dalam keadaan tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir disamping keluarganya. 

Juara heavywieght dunia sebanyak tiga kali itu dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu akibat masalah pernafasan. Ali sebelum ini dilaporkan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk terus hidup.

Kehebatan Ali selama tiga dekat dalam sukan tinju bermula apabila beliau memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada (1960). Sejak dari itu beliau disanjung di atas ketangkasan dan kehebatannya sehingga menerima gelaran 'The Greatest'.

Punca Kematian Muhammad Ali

Menurut media Amerika Syarikat, masalah pernafasan yang dihadapi Ali berpunca dari penyakit Parkinson yang dihidapinya sejak 32 tahun lalu. Sejak 2014 Allahyarham menghabiskan masanya dihospital akibat radang paru-paru, dan pada 2015 beliau mengalami jangkitan pundi kencing. 



Parkinson yang dihidapi Ali dikatakan berpunca dari ribuan tumbukan ketika mencipta nama sebagai peninju yang turut menyebabkan masalah bertutur. 


Keluarga Ali berterima kasih di atas doa dan sokongan semua penyokongya dan meminta mereka diberi privasi untuk menguruskan jenazah dan berkabung. Jenazah Ali dijangka akan dikebumikan kampung halamannya di Louisville, Kentucky. 

muhammad ali champion

Dilahirkan dengan nama Cassius Marcallus Clay Jr pada 17 Januari 1942, Allahyarham bukan sahaja terkenal sebagai jaguh tinju, tetapi seorang aktivis. Pada April lalu beliau menghadiri acara 'Celebrity Fight Night,untuk mengutip dana bagi pesakit Parkinson. Selain itu belaiu turut lantang bersuara dengan mengecamcalon President Amerika Syarikat, Donald Trump yang melarang kemasukkan orang Islam ke A.S.
sumber: CNN

Entri sebelum ini - Sinopsis Lambaian Ramadan Tv3

Terima kasih kerana membaca Punca Kematian Muhammad Ali

Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hilangnya seorang lagenda tinju dunia.Al fatihah

    ReplyDelete
  2. bahaya jugak bertinju ni, sampai dapat penyakit kronik. alfatihah

    ReplyDelete
  3. Bahaya tinju ni diakhir hayatnya la kan. Semoga Allah merahmati pemergiannya

    ReplyDelete
  4. Biasa juga baca, kebanyakkan ahli tinju profesional akan dapat penyakit parkinson ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top