Punca Kematian Muhammad Ali. Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Pheonix, Arizona. Menurut laporan AFP, Ali berada dalam keadaan tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir disamping keluarganya.
Juara heavywieght dunia sebanyak tiga kali itu dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu akibat masalah pernafasan. Ali sebelum ini dilaporkan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk terus hidup.
Kehebatan Ali selama tiga dekat dalam sukan tinju bermula apabila beliau
memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada (1960). Sejak dari itu
beliau disanjung di atas ketangkasan dan kehebatannya sehingga menerima gelaran 'The Greatest'.
Punca Kematian Muhammad Ali
Menurut media Amerika Syarikat, masalah pernafasan yang dihadapi Ali berpunca dari penyakit Parkinson yang dihidapinya sejak 32 tahun lalu. Sejak 2014 Allahyarham menghabiskan masanya dihospital akibat radang paru-paru, dan pada 2015 beliau mengalami jangkitan pundi kencing.
Parkinson yang dihidapi Ali dikatakan berpunca dari ribuan tumbukan ketika mencipta nama sebagai peninju yang turut menyebabkan masalah bertutur.
Baca: Siapa Dr Zakir Naik
Keluarga Ali berterima kasih di atas doa dan sokongan semua penyokongya dan meminta mereka diberi privasi untuk menguruskan jenazah dan berkabung. Jenazah Ali dijangka akan dikebumikan kampung halamannya di Louisville, Kentucky.
Dilahirkan dengan nama Cassius Marcallus Clay Jr pada 17 Januari 1942,
Allahyarham bukan sahaja terkenal sebagai jaguh tinju, tetapi seorang
aktivis. Pada April lalu beliau menghadiri acara 'Celebrity Fight
Night,untuk mengutip dana bagi pesakit Parkinson. Selain itu belaiu
turut lantang bersuara dengan mengecamcalon President Amerika Syarikat, Donald Trump yang melarang kemasukkan orang Islam ke A.S.
sumber: CNN
Entri sebelum ini - Sinopsis Lambaian Ramadan Tv3
Terima kasih kerana membaca Punca Kematian Muhammad Ali
hilangnya seorang lagenda tinju dunia.Al fatihah
ReplyDeletebahaya jugak bertinju ni, sampai dapat penyakit kronik. alfatihah
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah
ReplyDeleteBahaya tinju ni diakhir hayatnya la kan. Semoga Allah merahmati pemergiannya
ReplyDeleteBiasa juga baca, kebanyakkan ahli tinju profesional akan dapat penyakit parkinson ni.
ReplyDelete