Khamis, 30 Jun 2016

(Sinopsis) Cinta Si Wedding Planner Raya


(Sinopsis) Cinta Si Wedding Planner Raya. Jika anda masih ingat drama bersiri di Slot Akasia yang pernah mencipta fenomena baru-baru ini iaitu Cinta Si Wedding Planner. Disebabkan drama tersebut mendapat sambutan memberangsangkan, pihak produksi akan menerbitkan telemovie khas bertajuk Cinta Si Wedding Planner Raya pada Aidilfitri nanti. 

Telemovie raya ini merupakan kesinambungan kepada kisah Fariz Adryan dan Zara Batrisya selepas mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masih lagi mengekalkan pelakon sama iaitu gandingan Adi Putra dan Mira Filzah dan dibantu oleh Fadlan Hazim, Nazeera Sardi, dan Elvina.



Baca: Fakta Menarik Finding Dory

Cinta Si Wedding Planner Raya bakal bersiaran pada malam raya (Selasa) jam 9.15 malam hanya di Tv3.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Raya

Merupakan kesinambungan kisah Fariz Adryan dan Zara Batrisya yang telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil.

Walaubagaimanapun mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum mendapat tahu yang mereka sebenarnya adik beradik. Biarpun tidak dijodohkan bersama, Zara dan Ikhmal masih berkawan dan kekal mesra walau tidak seperti dahulu lagi. Shaqirin bagaimanapun kurang selesa dengan keakraban suaminya dan Zara.

Timbul konflik diantara kedua pasangan ini dan Zara Batrisya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Entri sebelum ini - 10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Raya

1 ulasan: