Sinopsis Lambaian Ramadan Tv3

1

Sinopsis Lambaian Ramadan Tv3. Seperti biasa apabila tiba sahaja bulan puasa pasti saluran televisyen tempatan akan menyiarkan rancangan yang bertemakan Ramadan. Tv3 tidak ketinggalan kerana kali ini stesen nombor satu negara itu menghidangkan anda dengan sebuah drama bersiri LAMBAIAN RAMADAN di Slot Samarinda. 

Drama terbitan A. Aida Production yang diarahkan oleh Along Kamaruddin ini mengisahkan keberantakkan sebuah keluarga akibat kehadiran orang ketiga.

Baca: Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3

lambaian ramadan tv3

lambaian ramadan adi putra


Bersiaran sebanyak 13 episod, drama yang mendapat sentuhan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan ini dibintangi pelakon handalan tanah air seperti Adi Putra dan Siti Elizad sebagai teraju utama. Turut membantu, Puteri Balqis, Reen Rahim, Izz Ilham, Muntazar Ghani, dan Qazim Nor.

Lambaian Ramadan bersiaran mulai 31 Mei 2016, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan Tv3.

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam dan Shila bersama tiga anak, Iman, Iskandar, dan Nurin. Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula berantakkan apabila bekas kekasih Adam yang berjaya menawan semula hatinya.  
Baru sahaja pulang dari luar negara, Warda hadir menagih semula cinta Adam malah sanggup menjadi isteri kedua. Shila menyedari hubungan suaminya dengan wanita lain namun tidak mampu menghalang kerana dia sedar bahawa dialah yang menjadi punca perpisahan Adam dan Warda 14 tahun lalu.

lambaian ramadan siti elizad
Adam sanggup menduakan isterinya demi kepentingan syarikat sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak. Ketika beliau lalai terhadap anak-anak dan isteri, tanpa disedari andak bongsunya, Nurin menghidap penyakit kronik. 
Lagu tema/OST Lambaian Ramadan - Lagu: Ingatkan Dia / Artis: Wings

Entry sebelum ini - Tips Bisnes Air Balang

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lambaian Ramadan Tv3
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top