Rabu, 1 Jun 2016

Tips Bisnes Air Balang

tips bisnes air balang

Tips Bisnes Air Balang. Dengan cuaca panas dan kering di Malaysia sekarang ni, ramai yang cuba mengelak dari menjalankan aktiviti luar. Tapi di atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa berdepan suhu panas.

Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Sebab itulah kat mana-mana kita pergi pasti ada yang jual air balang kat tepi jalan. Ramai yang mengakui bisnes air minuman adalah perniagaan kecilan yang paling banyak dapat untung.

Baca: Cara Buat Duit dengan Blog

Mungkin ramai yang fikir jual air ni senang. Cuma beli balang, buat air, sedap-sedap, pacak kanopi kat pasar malam, dan jual. Teori itu salah! Banyak benda yang perlu dipelajari supaya perniagaan air balang membawa pulangan lebih dari 1,000%.  

Tips Bisnes Air Balang

Jangan pandang remeh kerana dengan jual air anda boleh jadi kaya kerana permintaan terhadap air balang terlampau tinggi. Ia merupakan salah satu bisnes yang laris setiap hari, setiap bulan, dan sepanjang tahun.

Oleh itu satu panduan telah ditulis oleh seorang otai yang berpengalaman dalam bisnes air balang ingin mendedahkan rahsia dan tips berniaga berserta resepi air balang sedap. Beliau mempunyai pengalaman berniaga di bazar Ramadan dan mengaut keuntungan hingga RM7,000 dengan hanya tiga balang air sahaja.

Baca:  Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Panduan ini ditulis buat mereka yang baru berjinak-jinak serta yang ingin tingkatkan jualan air balang. Anda perlu tahu, bisnes ni untungnya besar, kalau tak kenapa ramai yang berebut nak jual air di tepi jalan, pasar malam, dan bazar Ramadan. Salah satu sebabnya adalah modal yang kecil.

kredit gambar: hafizhafizol.my
 Contoh:

Jika anda nak jual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais adalah RM12 sahaja. Setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.


Kira untung berniaga memang seronok, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pelajari supaya bisnes anda dapat pulangan lumayan. Sebab tu Panduan Bisnes Air Balang telah membongkar rahsia dan tips dari A sampai tentang bagaimana cara/tipsbuat duit dengan bisnes air. Segala teknik, rahsia dan resepi akan diterangkan secara detail melalui modul:

  1. Cara mohon tapak niaga
  2. Tips memilih lokasi
  3. Kelengkapan jual air
  4. Persediaan dan pengurusan masa
  5. Resepi jus best seller
  6. Rahsia sulit jus yang laris
  7. Bagaimana jana RM7k sebulan

Anda akan diberi resepi air dan jus paling laris. Cara nak buat air sedap sehingga dapat menarik pelanggan itu semua akan diajar satu persatu.

Mesti banyak keuntungan yang mereka peroleh. Kalau tak untung takkan tiap-tiap minggu datang berniaga, tak gitu? Kalau nak belajar dengan lebih detail, segala panduan dan tips bisnes air balang dah tertulis dan anda boleh terus ke laman jualan - Panduan Bisnes Air Balang


 Entry sebelum ini - Cara Verify Paypal

Terima kasih kerana membaca Tips Bisnes Air Balang

2 ulasan:

  1. Saya dulu pun penah jual air balang nie.. untung memang besar woo

    BalasPadam
  2. Jual air memang laris.. nak2 yg jual dengan kreatif dalam pembungkusan yang menarik.. gaya ala-ala cafe hipster tu..

    BalasPadam