Khamis, 28 Julai 2016

Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu


Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu. Hampir memalukan bila semua orang sibuk upload gambar mangkuk bertingkat-tingkat di Boat Noodle, tapi anda sendiri belum pernah cuba. Finally, beberapa hari lepas baru sempat menikmati sendiri 'mihun sampan' yang baru dibuka di Aeon Mall Kota Bharu.

Boat Noodle cukup popular sejak kebelakangan ini dan setiap kali beroperasi restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Francais ini bukan hanya menghidangkan mihun bersama kuah istimewa tetapi cara hidangannya iaitu dalam portion sedikit di dalam mangkuk kecil yang menjadi daya penarik.

Baca: Percutian Menarik Hatyai

Untuk pengetahuan anda, 'mihun sampan' merupakan makanan tradisi Thailand yang kemudiannya menjadi  makanan jalanan yang dijual sekitar Bangkok. Resepi telah diubahsuai sedikit supaya dapat dinikmati masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. More info >> www.boatnoodle.com.my/

Boat Noodle Cawangan Aeon Mall Kota Bharu

As a Thai food lover, rasanya tak lengkap jika saya tak cuba Boat Noodle yang popular ni. Jadi saya pergi ke cawangan pertamanya di Kota Bharu yang terletak di aras 3 Aeon Mall. Persoalan utama adalah berapa mangkuk biasa dipesan oleh manusia normal?

boat noodle aeon mall 1

Menu dan harga hidangan Boat Noodle
Menu utama Boat Noodle (satu mangkuk berharga RM1.90) adalah mihun bersama dua kuah istimewa iaitu Ayutthaya dan Pathumthani, anda boleh pilih sama ada ayam atau daging. Kuah Ayutthaya berwarna perang dan mempunyai rasa lemak berkrim manakala kuah Pathumthani pula lebih gelap seakan soy sauce dan rasanya lebih masin.  

Berkaitan: Nando's Cawangan Aeon Mall Kota Bharu

Selain hidangan signiture, Boat Noodle turut menyediakan menu sampingan seperti bebola daging/ayam, chicken wings, kerabu, sayur goreng, serta pencuci mulut Ka Num Tuay dan Sangkaya. Nasi goreng ala Thailand turut tersenarai dalam menu bagi memberi pelbagai pilihan buat pelanggan. 

Minuman pula mereka menawarkan teh/kopi yang dibancuh dengan krimer, green tea, serta air kelapa. 

Boat Noodle Review

Untuk tiga orang kami order 13 mangkuk yang terdiri dari kedua-dua jenis kuah dan Grill Beef Meatball. I had kuah Ayutthaya yang memang cukup sedap dan berkrim. Tekstur mihun yang kenyal menambahkan lagi keenakkan mihun sampan ini. Green tea, teh ais, dan kopi ais pula hampir sempurna serta ditambah dengan bekas minuman menarik yang membuatkan anda rasa macam nak bawa balik. Eh, memang boleh bawa balik pun. But meatball was 'meh' for me.

boat noodle aeon mall 2

boat noodle aeon mall 2

Bagi memberikan pengalaman makan 'di tepi jalan Bangkok' dekorasi restoran ini dihias seperti gerai jualan Bangkok. Peralatan makanan, kerusi, dan meja tidaklah 'fancy' seperti restoran lain. Dinding dan tiang lot kedai dibalut dengan atap zink, lukisan dinding pula memberikan gambaran seolah berada di belakang bangunan.

So, Boat Noodle memang sedap dan tak hairanlah kenapa restoran ni sangat terkenal dan mesti full house setiap kali beroperasi. Apa yang boleh saya boleh katakan Boat Noodle adalah makanan jalanan yang bertaraf antarabangsa. #NKFoodReview 7.9.

Boat Noodle
Lot S42, Second Floor, AEON MALL Kota Bharu,
Kampung Sireh, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
10am - 10pm (daily)

Entri sebelum ini - Tarikh Pelancaran Pokemon Go Malaysia

Terima kasih kerana membaca Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu

7 ulasan:

  1. Memang teringin nak rasa.. nampak sedap sangat.. err. so, 13 mangkuk tu mengenyangkan x? hihi

    BalasPadam
  2. Memang teringin nak rasa.. nampak sedap sangat.. err. so, 13 mangkuk tu mengenyangkan x? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yang jenis tak makan banyak, cukup je. hehe

      Padam
  3. Saya pernah pergi sini dulu.. 4 mangkuk saya makan sorg.. ehehe

    BalasPadam
  4. Adoiii...terliur..bilalah nak makan boat noodle.nih!

    BalasPadam
  5. Macam menarik je..thanks for sharing

    BalasPadam
  6. Bestnya, kai yang kat sini pun belum try lagi boat noodle ni Nik

    BalasPadam