Isnin, 18 Julai 2016

Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016


Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016. Berikutan prestasi kurang memberangsangkan pasukan The Red Warriors dalam saingan Liga Super dan Piala FA, Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) menandatangani dua pemain import bagi menguatkan pasukan.

KAFA mengikat bekas pemain Birmingham City, Morgaro Gomis, yang berasal dari Perancis namun memiliki kerakyatan Senegal. Gomis,31, menggantikan tempat Jonathan Lucca selaku defensive midfielder.

morgaro gomis

Ketua jurulatih, Velizar Emilov Popov, turut memilih pemain tengah kelahiran Brazil, Wander Luiz, selaku pemain import kedua yang menyertai Kelantan pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia.

Kehadiran dua awang import ini telah dinilai dari segenap aspek oleh Popov dan KAFA terutama setelah mendapati Dramane Troare tidak begitu serasi dengan Blazhe Ilijoski di bahagian serangan. Manakala Lucca telah menamatkan kontrak di atas persetujuan bersama.


Kedua-dua pemian ini diberi kepercayaan dalam menguat dan mengembalikan prestasi pasukan dalam baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia yang baru sahaja bermula. 

Aksi Gomis bagaimanapun telah mendapat pujian penyokong TRW setelah membantu pasukan membelasah Terengganu 6-1 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia beberapa hari lalu.

Entri sebelum ini - Cara Buat Rate Card Blogger

Terima kasih kerana membaca  Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016


3 ulasan:

  1. nampak ada kesan lepas menumpaskan Terengganu tu

    BalasPadam
  2. Aritu terengganu dh kena baham, pasnie sapa la pulak.. hoho

    BalasPadam
  3. xleh nak ukur lagi..hari tu terengganu main xckup org..

    BalasPadam