Jumaat, 22 Julai 2016

Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3


Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3. Saksikan sebuah lagi drama terbaharu di Slot Zehra bertajuk SURAH BUAT MAISARAH yang telahpun mula bersiaran pada 20 Julai lalu di saluran nombor satu negara, Tv3.

Drama 25 episod yang diterbitkan oleh Layar Consultant dan mendapat sentuhan pengarah Khalid Nadzri serta skrip digarap oleh Rina Khan ini mengisahkan penghijrahan Maisarah yang hanyut dibuai budaya barat setelah lama menetap di New York.


Menampilkan pelakon hebat seperti Syatilla Melvin dan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Bella Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri,dan ramai lagi. 



Surah Buat Maisarah bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Tv3.

Sinopsis drama Surah Buat Maisarah Tv3

Mengisahkan mengenai Maisarah atau Sara lakonan Syatila Melvin yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di New York,  Amerika selama beberapa tahun. Akibat terlalu lama berada di negara Uncle Sam, Maisarah lupa akan agama dan adat Melayu. 

Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat adiknya, Zalikha, telah bertudung. Bagi Sara, bertudung hanya untuk gadis kampung. Sara mempermainkan penampilan terbaru Zalikha.. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar karenah kakaknya. 

Merasakan dirinya hebat dan lebih moden seperti mat saleh, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut tidak menyenangkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. 

Nazim tidak selesa melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Selamat menonton..


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3

4 ulasan:

  1. wqh...rasa nak tengok juga lah drama ini..pelakon-pelakon juga hebat

    BalasPadam
  2. Layan gak drama nie.. sara dengan zulaika tu asek gaduh je memanjang

    BalasPadam
  3. Ni citer lama syatilla melvin ke..sebab dia kn dah bertudung skrg.Agaknya baru release la kot.

    BalasPadam