Yopokki Tidak Halal

4
yopokki malaysia tidak halal

Yopokki Tidak Halal. Makanan dari Korea iaitu Yopokki yang masuk ke pasaran Malaysia disahkan tidak oleh pihak Halal Korea. Yopokki yang dieksport ke Malaysia ketika ini mengandungi alkohol jenis wain beras.

Bagi mereka yang tidak tahu, Yopokki adalah makanan yang dihasilkan dari beras yang telah dipotong dan dimakan dengan sos pedas khas.

Yopokki Malaysia Tidak Halal

Yoppoki telah mendapat sijil halal dari pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi masih belum diedarkan kepada mana-mana negara pun. Logo Halal yang terpada pada bekas Yopokki pasaran Malaysia adalah palsu dan makanan tersebut tidak halal.

Baca: Ciri dan Fungsi Baru iOS10

Syarikat pengeluar Yopokki, Young Poong, mengesahkan usahawan Korea yang menetap di Malaysia telah melakukan pemalsuan logo Halal untuk menjual makanan itu kepada orang Islam. Logo Halal sepatutnya dicetak terus pada bekas dan bukan pada kertas atau pelekat tambahan.



Sejak hiburan dari Korea, K-Pop, masuk ke Malaysia semakin banyak fesyen dan makanan mereka menjadi ikutan. Penggemar makanan Korea perlu lebih berhati-hati sebeleum membeli makanan yang datang dari luar negara.

Entri sebelum ini - (Sinopsis) Cinta Si Wedding Planner Raya

Terima kasih kerana membaca Yopokki Tidak Halal
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tak pernah dengar pon pasal Yopokki sebelum nih..terima kasih yer share.at least lepas nih boleh berhati2..

    ReplyDelete
  2. baru tahu juga tentang makanan Yokokki..

    ReplyDelete
  3. permalsuan tanda halal menjadi2 pulak..nak kaya cepat usahawan ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top