Akhirnya Pokemon Dilancarkan di Malaysia

9

Akhirnya Pokemon Dilancarkan di Malaysia. Setelah berminggu-minggu menanti akhirnya permainan video popular, Pokemon Go, secara rasminya boleh dimuat turun oleh pengguna Malaysia bermula hari ini. Walaupun tiada pengumuman daripada pembangunnya, Niantic, Malaysia telah ditanda 'available' dalam laman web rasminya di https://www.ispokemongoavailableyet.com.

Malaysia tersenarai bersama 14 buah negara Asia lain yang kini boleh mula merasai demam Pokemon Go antaranya Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.

Pokemon Dilancarkan di Malaysia

Permainan ini mendapat sambutan luarbiasa kerana bukan sahaja mengembalikan kegemilangan watak kartun Jepun popular tetapi menggabungkan dunia maya dan nyata. Dengan menggunakan telefon pintar, pemain Pokemon Go perlu mencari karakter khayalan di dunia sebenar. 

Pengguna Malaysia boleh memuat turun Pokemon Go di Apple Store dan Google Play.


Baru semalam mufti Wilayah Persekutuan menfatwakan Pokemon Go haram dimainkan oleh umat Islam kerana ia boleh membawa kemudaratan berdasarkan kes yang berlaku di negara asing seperti pencerobohan ruang peribadi, kemalangan dan kelalaian. 

Pada hari pertama ia dilancarkan di negara ini, beberapa pemain mendapati salah satu kawasan pertarungan Pokemon adalah di dalam masjid. I personally think Pokemon Go shouldn't be banned. You should know your limits. Pokemon Go memang melalaikan.. sama seperti Facebook dan Youtube. Don't you think?

Tak kuasa nak download game ni. Takut terjebak. 

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Suicide Squad

Terima kasih kerana membaca Akhirnya Pokemon Dilancarkan di Malaysia
Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hari ni fb penuh orang update status pokemon go ni...syok sgt la agaknya game ni

    ReplyDelete
  2. haha..

    okeh.

    boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. Best sangat ke..last game yg terjebak dulu2 candy crush je..dah lps tu tak ambik port dh psl game...haha...

    ReplyDelete
  4. memang best kalau leka dan lalai...

    itulah yang objektif utama gerakan Freemason untuk melemahkan umat Islam..

    cara lain nampak macam ganas je..

    ReplyDelete
  5. makin lama makin best plak main. cuma muak dok orang tulis pakai pokemon go..hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah saya belum terjebak

    ReplyDelete
  7. dasyat pengaruh game ni ye..sampai mufti keluarkan fatwa..nasib baik saya main game jelly blast je :)

    ReplyDelete
  8. Semalam dah ada kemalangan yang melibatkan kelalaian semasa bermain pokemon ni kan, memang wajar la diharamkan

    ReplyDelete
  9. baru nak 2 minggu, macam-macam hal yang timbl berkenaan pokemon go ni di malaysia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top