Akhirnya Pokemon Dilancarkan di Malaysia. Setelah berminggu-minggu menanti akhirnya permainan video popular, Pokemon Go, secara rasminya boleh dimuat turun oleh pengguna Malaysia bermula hari ini. Walaupun tiada pengumuman daripada pembangunnya, Niantic, Malaysia telah ditanda 'available' dalam laman web rasminya di https://www.ispokemongoavailableyet.com.
Malaysia tersenarai bersama 14 buah negara Asia lain yang kini boleh mula merasai demam Pokemon Go antaranya Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand,
Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan
Mikronesia dan Palau.
Pokemon Dilancarkan di Malaysia
Permainan ini mendapat sambutan luarbiasa kerana bukan sahaja mengembalikan kegemilangan watak kartun Jepun popular tetapi menggabungkan dunia maya dan nyata. Dengan menggunakan telefon pintar, pemain Pokemon Go perlu mencari karakter khayalan di dunia sebenar.
Pengguna Malaysia boleh memuat turun Pokemon Go di Apple Store dan Google Play.
Baru semalam mufti Wilayah Persekutuan menfatwakan Pokemon Go haram dimainkan oleh umat Islam kerana ia boleh membawa kemudaratan berdasarkan kes yang berlaku di negara asing seperti pencerobohan ruang peribadi, kemalangan dan kelalaian.
Pada hari pertama ia dilancarkan di negara ini, beberapa pemain mendapati salah satu kawasan pertarungan Pokemon adalah di dalam masjid. I personally think Pokemon Go shouldn't be banned. You should know your limits. Pokemon Go memang melalaikan.. sama seperti Facebook dan Youtube. Don't you think?
Tak kuasa nak download game ni. Takut terjebak.
Entri sebelum ini - Fakta Menarik Suicide Squad
Terima kasih kerana membaca Akhirnya Pokemon Dilancarkan di Malaysia
hari ni fb penuh orang update status pokemon go ni...syok sgt la agaknya game ni
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteokeh.
boleh cuba nanti.
Best sangat ke..last game yg terjebak dulu2 candy crush je..dah lps tu tak ambik port dh psl game...haha...
ReplyDeletememang best kalau leka dan lalai...
ReplyDeleteitulah yang objektif utama gerakan Freemason untuk melemahkan umat Islam..
cara lain nampak macam ganas je..
makin lama makin best plak main. cuma muak dok orang tulis pakai pokemon go..hehe
ReplyDeletealhamdulillah saya belum terjebak
ReplyDeletedasyat pengaruh game ni ye..sampai mufti keluarkan fatwa..nasib baik saya main game jelly blast je :)
ReplyDeleteSemalam dah ada kemalangan yang melibatkan kelalaian semasa bermain pokemon ni kan, memang wajar la diharamkan
ReplyDeletebaru nak 2 minggu, macam-macam hal yang timbl berkenaan pokemon go ni di malaysia.
ReplyDelete