Ahad, 21 Ogos 2016

Cara Semak Lenovo Original


Cara Semak Lenovo Original. Walaupun iPhone dan Samsung masih mengungguli carta telefon pintar di pasaran, masih banyak lagi syarikat pengeluar peranti mudah alih cuba memberi saingan dengan menawarkan pelbagai fungsi menarik, dan Lenovo tidak terkecuali.

Memandangkan iPhone dan Samsung dijual pada harga yang tinggi dan ditambah pula kod sumber sistem operasi Android dilepaskan kepada umum, terdapat pengilang mengambil kesempatan menciplak telefon popular. Tidak dinafikan mereka bijak dalam menciplak telefon sehingga pengguna mudah terpedaya, apatah lagi ia dijual pada harga rendah.


Perbezaan antara telefon asli dan clone/AP
  • Packaging (pembungkusan), buku manual, cop SIRIM, dan bahasa.
  • Warranty - Jaminan set original biasanya 1 tahun, manakala AP 2 tahun tetapi hanya bergantung kepada kedai yang menjualnya sahaja.
  • Terdapat ciri yang ada dalam telefon tidak berfungsidengan baik.

Lebih malang apabila pengguna ditipu penjual dengan mengatakan ia set asli padahal sebenarnya set AP atau clone! Jadi dalam entri ini saya kongsikan cara mengenalpasti sama ada telefon Lenovo anda asli atau tidak.

Cara Semak Telefon Lenovo Original

1. Setiap telefon mempunyai nombor International Mobile Equipment Identity (IMEI) tersendiri. Untuk mendapatkan nombor IMEI, cuma tekan *#06# dan ia akan terpapar pada skrin. Jika terdapat 2 nombor IMEI ini bermakna telefon anda boleh menggunakan dua kad sim. Jadi pilih salah satu. 

lenovo imei 

3. Masukkan nombor IMEI pada ruang yang disediakan. 

4. Klik 'Submit'.

Model telefon dan tarikh waranti akan terpapar pada skrin. Jika tidak, ini bermakna telefon anda tidak asli.

Bagi mengelak dari ditipu penjual, anda digalakkan membeli telefon dari pengedar sah atau di syarikat telekomunikasi. Jangan mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan penjual. 

Entri sebelum ini - Sinopsis Lara Terindah di Tv3

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Lenovo Original

15 ulasan:

  1. Alamak, saya beli phone x check plak ori ker x, aduiui

    BalasPadam
  2. huhu tak pakai lenovo. tapi nice tips to refer tu kaalu one day terpakai lenovo :D

    BalasPadam
  3. suatu hari nanti saya akan guna Lenovo juga...bagus info ini

    BalasPadam
  4. Saya memang suka Lenovo.. dah dua biji pakai Lenovo.. setakat ni masih berpuas hati lagi.. hehe

    BalasPadam
  5. bolehlah dijadikan panduan ni

    BalasPadam
  6. penah pakai sekali Lenovo S930..prestasi tak membanggakan..setakat ni pakai Redmi Note 2..masih steady..tapi ada problem panas..tu je..so far ok je :D

    BalasPadam
  7. beli laptop lenovo dengan hanset lenovo. setakat ni laptop ok lagi. hanset tu memang ;-menggeramkan. tak pa hujung bulan ni mesti beli hanset baru! yes!
    :-)

    BalasPadam
  8. Diri sendiri mmg tak pernah pakai lenovo. Tapi kwn2 ramai yg guna. Nnti bolehlah Jida share ngan diaorang..tq

    BalasPadam
  9. dah lama juga tak bertukar telefon. Mungkin lepas ni bleh try lenovo..oppo plak klu nak selfie-selfie ok la kot kan...

    BalasPadam
  10. tak pakai lenovo.

    minat asus dah sekarang.

    layan asus ajelah jawabnya.

    haha

    BalasPadam
  11. Nice sharing tapi blum pernah pakai lenovo lagi..layan OPPO je skrg

    BalasPadam
  12. Lenovo ni pun antara jenama telefon yang saya minat untuk guna. Sebab ada dual sim hoho

    BalasPadam
  13. Mrs. A guna Lenovo so far so good tapi tak check pun ori ke tidak.
    Jap gi nak checklah ;-)

    BalasPadam