Fakta Menarik Pokemon Go

5

Fakta Menarik Pokemon Go. Jika anda tidak pernah dengar tentang Pokemon Go I don't know what have you been doing since the last few weeks. Sejak dilancarkan pada 6 Julai 2016, permainan video yang dimainkan melalui telefon pintar ini mencipta fenomena tersendiri.

Apa yang membuatkan permainan ini begitu digilai adalah kerana konsepnya untuk mengumpul Pokemon. Oleh keranan ia berasaskan augmented reality, anda perlu betul-betul mencari dengan berjalan di kawasan sekeliling mengikut peta yang tertera pada telefon. Jika anda berada di lokasi yang betul, karakter akan muncul di skrin seolah-olah wjud di dunia sebenar.

Jika anda salah seorang dari jutaan peminat Pokemon Go ini, mungkin ada beberapa fakta yang perlu anda tahu.
 
Fakta Menarik Pokemon Go

1. Sehingga hari ini Nintendo telah menjual lebih 277 jenis permainan Pokemon, 21.5 billion kad dalam 10 bahasa, dan telah menerbitkan 17 buah filem sejak 20 tahun lalu.

2. Tidak seperti permainan lain yang mana anda tidak perlu bergerak dan hanya menumpukan perhatian kepada telefon bimbit. Pokemon Go mencipta kaedah baru di mana pemain perlu keluar rumah dan mencari watak kartun berdasarkan peta yang di sediakan dalam dunia nyata.

3. Pokemon Go mendapat 15 juta muat turun pada minggu pertama. Ini sekaligus mencatat rekod dengan pendapat pulangan sebanyak 200 juta USD pada bulan pertama iaitu tujuh kali lebih banyak dari permainan popular, Candy Crush.

Berkaitan: Apa Itu Pokemon Go

4. Apa yang menariknya tentang permainan ini adalah kerana lokasi Pokemon berada. Jika watak Pokeon itu hidup di dalam air, pemain akan menjumpainya berdekatan sungai, tasik, atau pantai.


5. Pokemon adalah singkatan kepada "Pocket Monsters". Permainan ini pada asalnya memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk mengumpul kad. Dengan teknologi hari ini ia benar-benar menjadi kenyataan.

6. Menurut SimilarWeb, pengguna meluangkan masa lebih banyak bermain Pokemon Go berbanding laman sosial Instagram, Facebook, dan Twitter. Ini kerana pemain perlu sentiasa membuka aplikasi itu untuk menjejaki Pokemon.


7. Seorang remaja dari Wyoming, USA, terjumpa mayat di tebing sungai ketika sedang asyik mencari Pokemon.

Baca: Fungsi Tersembunyi iPhone yang Patut Anda Tahu

8. Permainan video ini mendapat lebih banyak muat turun berbanding aplikasi mencari jodoh popular, Tinder.

9. Permainan Pokemon Go diinspirasikan dari gurauan April Fool pada 2014 di mana terdapat iklan kerja kosong sebagai Pokemon Master yang memerlukan pemain meneroka peta untuk mencari Pokemon. Gurauan ini menjadi pencetus idea kepada permainan yang menjadi fenomena pada hari ini.

10. Jumlah pendengar lagu tema Pokemon, “Gotta Catch ‘Em All”, di laman perkhidmatan penstriman muzik, Spotify, meningkat sebanyak 362 peratus sejak beberapa minggu lalu berikutan popular riti pemainan video ini.

Entri sebelum ini - Apa yang Menarik Pada Oppo F1S

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Pokemon Go
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ramai terjebak dalam games ni khabarnya.

    ReplyDelete
  2. tengah hari paling banyak depa keluar, masa tu paling banyak pokemon keluar..hampeh betui, aku nak kuar lunch la..ahaha

    ReplyDelete
  3. saya tak minat pula main game..apa lagi game pokemon

    ReplyDelete
  4. bahaya juga kalau asik main games ni jadi lupa segalanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top