Menang Voucher Lazada

4

Menang Voucher Lazada. Beberapa minggu lepas saya join contest yang dianjurkan oleh portal shopping online terkenal, Lazada. Lama jugak tak sertai blogging contest kat blog ni. Dan blog ini tersenarai daripada 20 blogger lain yang menang voucher RM100. Yay!

Kalau tak silap contest yang berlangsung pada sempena Ramadan ini khas buat blogger yang mendaftar affiliate Lazada sahaja. Syarat penyertaannya mudah sahaja, blogger hanya perlu senaraikan 10 barang di Lazada dan menjadi idaman dan selitkan link affiliate yang membawa pembaca ke laman Lazada. Entry penyertaan tu boleh rujuk sini - 10 Barang yang Saya Mahu Pada Ramadan Ini.



Menang Voucher Lazada RM100

Lama jugak saya ambil masa nak pilih barang yang harganya kurang dari RM100 untuk tebus voucher. Plan asal nak pilih buku Harry Potter and The Cursed Child. Tapi memandangkan buku tu tersenarai dalam kategori 'Best Seller', saya tak boleh nak beli guna voucher.

Baca: Tips Bisnes Air Balang

So, dengan voucher RM100 ni saya beli Mango handbag sebab of course I would get another handbag! Mango Bucket Sling/Tote Bag ni cuma berharga RM53.90 sahaja. Item kedua adalah buku The Cuckoo's Calling. Dah lama buku tulisan Robert Galbraith ni ada dalam wishlist. Harga buku ni di bookstore masih sekitar RM40-45 tapi di Lazada hanya RM35. Bila dah beli The Cuckoo's Calling ni, maknanya akan ada entri review buku lepas ni!


Rasanya dah banyak kali saya cakap memang berbaloi beli barang di Lazada. Bukan hanya kerana produk dan servis yang bagus, tetapi memberi anda pelbagai pilihan produk dan jenama.

Daftar affiliate

Lagi satu, ini adalah salah satu kelebihan blogger yang mendaftar Affliate Lazada. Bukan hanya dapat komisen setiap kali membuat jualan tetapi boleh sertai contest khas yang menawarkan hadiah lumayan.

Berkaitan - Cara Daftar Affiliate Lazada.

Affiliate Lazada merupakan salah satu cabang untuk blogger jana pendapatan melalui blog selain Jobdirumah, Klikjer, Revenuehits, dan Mobicow. Bagi blogger yang nak buat duit dengan affiliate Lazada ni boleh terus mendaftar di http://www.lazada.com.my/affiliate. Untuk lebih detail, boleh terus berhubung Fazirul Tan (Affiliate Marketing Analyst) melalui [fazirul.roshiditan@lazada.com.my]

Entri sebelum ini - Akhirnya Pokemon Go Dilancarkan di Malaysia

Terima kasih kerana membaca Menang Voucher Lazada

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah..seronoknya dapat hadiah voucher dan dapat tebus dengan barang..

    ReplyDelete
  2. Bestnya Nik..tak perlu keluarkan duit sendiri pun nak beli barang yg kita nak kan?

    ReplyDelete
  3. Nikhazami tlg guide sy kerana sy sudah mendaftar sebagai affiliate lazada . 019-4336788

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top