Apa yang Menarik pada Oppo F1S

10


Apa yang Menarik pada Oppo F1S? Pengeluar peranti nombor satu dari China, Oppo, menambah satu lagi telefor pintar dalam siri F yang lebih memfokuskan kepada kualiti kamera hadapan atau selfie yang tinggi. Jika sebelum ini Oppo melancarkan F1 pada April  kemudian F1 Plus iaitu versi yang lebih premium dan mahal, kini yang terbaharu, Oppo F1S.

Kehadiran Oppo F1S boleh dikatakan sebagai pelengkap keluarga F kerana F1S adalah versi yang lebih murah berbanding F1 Plus. Sudah semestinya spesifikasi di antara kedua-dua telefon pintar ini berbeza. Namun tidak bermakna telefon ini dilabelkan sebagai peranti 'murah'.

Apa yang Menarik pada Oppo F1S

Sistem pemprosesan

Bagi menggantikan Helio P10, F1S dikuasakan dengan  1.5 GHz Mediatek MT6750 Octa-core Processor serta RAM sebanyak 3GB. Ruang storan agak besar walaupun telah dikurangkan kepada 32GB. Untuk memberi lebih banyak ruang storan, pengguna boleh menggunakan sokongan kad MicroSD sehingga 256GB.


Skrin

Mengekalkan saiz skrin 5.5 inci sama seperti generasi sebelum ini, F1S hanya menggunakan skrin IPS LCD 720P. Tidak dinafikan ia bukan skrin terbaik jika dibandingkan dengan jenis AMOLED HD, namun jika anda tidak terlalu mementingkan kualiti skrin, ia sudah memadai. Sokongan ColorOS turut disertakan dalam F1S yang memerikan kelajuan, dan stabiliti pada warna.

Berkaitan: Pengalaman Menggunakan Oppo F1S

Tiada sokongan VOOC

Agak mengecewakan apabila Oppo tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC pada F1S. Tetapi Oppo memberikan bateri 3075 mAh iaitu lebih baik dari F1 Plus. Manakala sokongan Near Field Communication (NFC) yang membolehkan pengguna bertukar data dengan peranti lain juga tidak disertakan.

Kamera

Menariknya pada Oppo F1S ini adalah ia masih mengekalkan kualiti kamera hadapan selari dengan trademark 'Selfie Expert'. Kamera hadapan F1S adalah 16 Megapixel dengan aperture f/2.0. Kamera belakang pula 13 Megapixel dan boleh merakan video pada resolusi 1080P. Ini secara tidak langsung mampu menghasilkan gambar selfie yang berkualiti tinggi.

Baca: Cara Semak Oppo Original

Spesifikasi Oppo F1S 



SPESIFIKASI OPPO F1S
Sistem Pemprosesan
1.5 GHz Mediatek MT6750 Octa-core
Skrin
5.5 inci HD IPS LCD Display, 720×1280 resolution
RAM
3GB
Storan
32GB (internal) up to 256GB (MicroSD Card)
Kamera belakang
13MP f/2.2
Kamera hadapan/selfie
16MP f/2.0
Bateri
3075 mAh
Sim card
Dwi Sim Nano
Android
Lollipop 5.1.1
Infra Red
-
NFC
-


Pengimbas cap jari

Selain itu Oppo menambah satu lagi ciri iaitu pengimbas cap jari yang kita semua tahu merupakan ciri keselamatan untuk unlock peranti yang mengambil masa kurang satu saat.


Pada awal pelancarannya harga F1S di Malaysia adalah RM1198. Jika anda seorang kaki selfie namun tidak mampu untuk memiliki F1 Plus tetapi masih mahukan smartphone yang mengambil gambar selfie berkualiti, F1S adalah untuk anda.
gambar: unbox.

Entri sebelum ini - Pokemon Go Haram di Kedah

Terima kasih kerana membaca Apa yang Menarik pada Oppo F1S
 
Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik, but buat masa sekarang kurang survey bab phone sebab tak ada intention untuk tuka phone baru lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Lebih pilihan untuk si kaki selfie

    ReplyDelete
  3. cantik juga, spek pun ok. harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  4. wah boleh jadi alternatif ni, price berapa yer?

    ReplyDelete
  5. wah harganya sangat menarik ;)

    ReplyDelete
  6. mahalnya ..tunggu saya kaya memang boleh beli punya

    ReplyDelete
  7. Mmang terbaik. Cutting nipis mcm iphone. Ram dan mega pixel bsar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top