Pokemon Go Haram di Kedah

6
 
Pokemon Go Haram di Kedah. Belum sampai seminggu Pokemon Go mula dimainkan di Malaysia, permainan video itu telah mula mencetuskan kontroversi di negara ini. Akibat terlalu banyak kes negatif yang dilaporkan setakat ini, Kedah menjadi negeri pertama di Malaysia yang memfatwakan Pokemon Go haram.

Keputusan pengharaman aplikasi yang dibangunkan Niantic Inc ini diambil selepas mesyuarat diadakan di antara 10 ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung di pejabat Anak Bukit.

Pokemon Go Haram di Kedah

Bukan itu sahaja, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin, turut menggesa pihak bertanggungjawab menyekat akses Pokemon Go di Malaysia. Ini kerana pengharaman sahaja tidak mampu menyekat umat Islam dari memainkannya. 


Sebab Pokemon Go haram 

  • Mampu mengancam akidah
  • Bimbang rumah ibadah dijadikan tempat menangkap karakter Pokemon
  • Memberi impak negatif kepada kanak-kanak kerana mungkin mereka percaya watak Pokemon boleh membuat perkara ajaib yang hanya Allah sahaja yang mampu. 
  • Bimbang kes pencerobohan kawasan persendirian dicerobohi
  • Boleh mengakibatkan kelalaian ketika memandu
  • Pemain tidak memberikan perhatian terhadap keadaan sekeliling ketika memainkannya
Sehingga hari ini Pokemon Go telah dimuat turun lebih 100 juta pengguna sejak pelancarannya beberapa minggu lalu.


Pokemon Go adalah permainan yang dimainkan melalui telefon pintan menggabungkan alam siber dan dunia nyata di mana pengguna perlu berjalan untuk menangkap watak Pokemon di dunia sebenar.

Entri sebelum ini - Menang Voucher Lazada

Terima kasih kerana membaca Pokemon Go Haram di Kedah
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sejauh manakah kerajaan dapat memantau permainan pokemon ni kan

    ReplyDelete
  2. bahaya jugak ni, tapi cemana agaknya nak pantau? boleh sekat akses ke ya?

    ReplyDelete
  3. Dasyat betul game pokemon ni..

    ReplyDelete
  4. haha..

    memang gila la.

    susah nak halang.

    dari diri kita aje.

    ReplyDelete
  5. emmmmm best ke pokemon ni ye...cm mna tu certain2 negeri je yang haramkan :(

    ReplyDelete
  6. camana agaknya cara nak halang teknologi ni tersebar kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top