Pokemon Go Haram di Kedah. Belum sampai seminggu Pokemon Go mula dimainkan di Malaysia, permainan video itu telah mula mencetuskan kontroversi di negara ini. Akibat terlalu banyak kes negatif yang dilaporkan setakat ini, Kedah menjadi negeri pertama di Malaysia yang memfatwakan Pokemon Go haram.
Keputusan pengharaman aplikasi yang dibangunkan Niantic Inc ini diambil selepas mesyuarat diadakan di antara 10 ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung di pejabat Anak Bukit.
Pokemon Go Haram di Kedah
Bukan itu sahaja, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin, turut menggesa pihak bertanggungjawab menyekat akses Pokemon Go di Malaysia. Ini kerana pengharaman sahaja tidak mampu menyekat umat Islam dari memainkannya.
Sebab Pokemon Go haram
- Mampu mengancam akidah
- Bimbang rumah ibadah dijadikan tempat menangkap karakter Pokemon
- Memberi impak negatif kepada kanak-kanak kerana mungkin mereka percaya watak Pokemon boleh membuat perkara ajaib yang hanya Allah sahaja yang mampu.
- Bimbang kes pencerobohan kawasan persendirian dicerobohi
- Boleh mengakibatkan kelalaian ketika memandu
- Pemain tidak memberikan perhatian terhadap keadaan sekeliling ketika memainkannya
Sehingga hari ini Pokemon Go telah dimuat turun lebih 100 juta pengguna sejak pelancarannya beberapa minggu lalu.
Pokemon Go adalah permainan yang dimainkan melalui telefon pintan menggabungkan alam siber dan dunia nyata di mana pengguna perlu berjalan untuk menangkap watak Pokemon di dunia sebenar.
Entri sebelum ini - Menang Voucher Lazada
Terima kasih kerana membaca Pokemon Go Haram di Kedah
Sejauh manakah kerajaan dapat memantau permainan pokemon ni kan
ReplyDeletebahaya jugak ni, tapi cemana agaknya nak pantau? boleh sekat akses ke ya?
ReplyDeleteDasyat betul game pokemon ni..
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletememang gila la.
susah nak halang.
dari diri kita aje.
emmmmm best ke pokemon ni ye...cm mna tu certain2 negeri je yang haramkan :(
ReplyDeletecamana agaknya cara nak halang teknologi ni tersebar kan?
ReplyDelete