Sinopsis Lara Terindah di Tv3

11

Sinopsis Lara Terindah di Tv3. Menggantikan Sayangku Kapten Mukhriz yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bersiri bertajuk LARA TERINDAH bagi menghiasi slot paling popular iaitu Slot Akasi.

Drama rantaian 14 episod ini diarahkan oleh Azmi Hata dan skrip digarap oleh Mohd Azmy Ariff, dan kali ini ia bukan diadaptasi dari novel cinta. 


Diterbitkan oleh Orangetree Production, Lara Terindah dibintangi pelakon Nelydia Senrose dan pendatang baru, Nazrief Nazri sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, dan Bil Azali.



Lara Terindah bakal bersiaran mulai 31 Ogos 2016 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, di Tv3. 

Sinopsis drama Lara Terindah Tv3

Menganggap semua wanita lemah dan tidak boleh dipercayai menjadikan Razlan takut untuk mendekati kaum hawa. Kini Razlan mempunyai misi untuk menjatuhkan Elena kerana dia merasakan Elena lah punca syarikat terlepas projek besar. Ini semua gara-gara mereka terlibat dalam satu kemalangan. Lama kelamaan, setelah sering berhubung dengan gadis itu dia mula jatuh hati kepadanya.

OST / Lagu tema Lara Terindah: Seindah Mimpi nyanyian Jaclyn Victor.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Pokemon Go

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lara Terindah di Tv3
Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Suka datang baca kat sini rasa tenang jer hehehe salam singgah

    ReplyDelete
  2. suka sgt poster ni,, sangat kreatif.
    cuma tajuk tu agak confius sikit

    lara tp indah...hihi

    ReplyDelete
  3. saya sangat suka topik cinta...jiwang kot dan sayangnya jarang ada masa nak layan drama begini..sibuk berblogging setiap hari.

    ReplyDelete
  4. sambungan anugerah terindah agaknya... dapat anugerah terindah pastu jadi lara terindah pulak... hehehe

    ReplyDelete
  5. macam pernah tengok si nazrief ni berlakon...tak ingat cerita apa

    ReplyDelete
  6. Ohhh heroin dia saya minat tu.. hehe..

    ReplyDelete
  7. heroin tu banyak dah berlakon, ramai orang ambil dia

    ReplyDelete
  8. <-------- Nelydia

    ReplyDelete
  9. selamat menonton ya untuk semua

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top