10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 7/7 Plus

21

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 7 / 7 Plus. Penantian untuk melihat telefon pintar terbaru dari Apple bagu tahun 2016 telah pun berakhir. Apple secara rasminya telah melancarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada majlis Apple Keynote beberapa hari lepas.

Setelah diperlihatkan kepada umum, tidak dinafikan mereka telah menghasilkan dua buah iPhone yang lebih berkuasa dan menambah banyak ciri menarik berbanding generasi sebelum ini. Ciri menarik itu memberi alasan kukuh kenapa anda patut consider untuk beli iPhone 7/7 Plus.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 7/7 Plus

#1 Kuasa pemprosesan - Kali ini Apple menggunakan cip terbaru iaitu A10 Fusion yang 40 peratus lebih laju dari A9. A10 Fusion adalah cip pemprosesan 4-teras yang dua kali lebih berkuasa dari iPhone 6.Kualiti grafik turut ditambah baik supaya dapat memberikan pengalaman bermain permainan video dan menggunakan aplikasi profesional dengan lebih hebat.

#2 Design (warna Jet Black) Secara fizikal iPhone 7 tidak banyak bezanya dengan iPhone 6. Saiz 138.3 x 67.1 x 7 dan melengkung di bahagian tepi masih lagi dikekalkan. Cuma kali ini tidak menampakkan garisan antenna serta bonjolan camera sedikit berlainan. Apple menawarkan warna baru iaitu Jet Black yang kelihatan lebih bersinar dan licin berbanding warna lain. 


#3 Butang Home Oleh kerana iPhone tidak mempunyai butang "Back./Kembali", butang "Home" akan mudah rosak jika ditekan dengan kerap. Butang "Home" telah diberi nafas baru dengan menggantikannya dengan rekaan statik. Ia tidak boleh ditekan kerana disokong oleh Taptic Engine. Pengguna perlu meletakkan jari dengan lebih kuat seolah-oleh menekan butang.


#4 Kamera iPhone 7 masih mengekalkan 12MP bagi kamera belakang tetapi menambahbaik aperture kepada f/1.8 dan sokongan Optical Image Stabilization dan 6 elemen lens yang membantu mencerahkan gambar.

Manakala iPhone 7 Plus pula, Apple menambah sokongan dwi-kamera iaitu lens 28mm f/1.8 ddan lens 56mm f/2.8. Camera ini mampu merakam potret dengan mengaburkan bahagian latar belakang dan melakukan zoom 10 kali lebih dekat.

  
#5 Kalis Air Akhirnya iPhone telah menyokong perlindungan kalis air dan debu! Apple agak ketinggalan dalam membangunkan teknologi ini kerana sudah banyak peranti Android kalis air di pasaran. iPhone 7/7Plus mampu bertahan sedalam 1 meter di dalam air selama 30 minit sahaja. Bagi pengguna yang sering secara tidak sengaja menjatuhkan telefon ke dalam air, anda tidak perlu lagi risau.


#6 Bateri Sebab lain kenapa anda patut beli iPhone 7 adalah kerana baterinya. Apple memberitahu bateri pada generasi iPhone 7 adalah yang terbaik yang pernah dihasilkan. Ia tahan 2 jam lebih lama berbanding iPhone 6s.

#7 Tiada lagi Audio Jack Apple memang terkenal dengan sifat 'ingin merasakan diri mereka istimewa'. Kali ini tiada lagi audio jack. Ia diganti dengan Lightning port iaitu port sama untuk mengecas telefon. Selain itu Apple turut memperkenal earphones tanpa wayar (wireless) iaitu AirPod yang boleh dibeli secara berasingan.


#8 Sistem Audio iPhone 7 dan 7 Plus menawarkan speaker yang lebih hebat iaitu dua kali lebih kuat dari iPhone 6. Ini akan memberikan pengalaman lebih menarik bagi mereka yang sering mendengar muzik, menonton video, dan bermain permainan video. 


#9 iOS 10 Sistem operasi terbaru. iOS10 akan mula diperkenalkan pada iPhone generasi ke-7. Ia menawarkan banyak ciri dan fungsi baru seperti integerasi Siri, muzik, kelajuan, keyboard, dan banyak lagi.

#10 Storage 32GB Tiada lagi storan 16GB seperti sebelumnya. Ramai pengguna kerana storan 16GB terlalu kecil dan cepat penuh.

Harga iPhone 7 Malaysia

Tarikh iPhone masuk dalam pasaran Malaysia masih belum diketahui dan harganya dijangka bermula RM2,999 (iPhone 7) dan RM3,499 (iPhone 7 Plus)

Itu adalah antara sebab kenapa anda patut beli iPhone 7/7 Plus. Cuba teliti pros dan cons sebelum membuat keputusan. Entri versi TAK PERLU BELI akan dikemas kini.


Tags

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kelakat pula tengok design earphone macam tu ada batang keluar. haha. buat je lah bulat je.hehe. lagi lawa kot. hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tahu pasal butang home tu. Storage 16Gb mmg dah x sesuai...bagus sgt la dah upgrade ke 32Gb. Agak menarik tp harga tu hampir 3k...butang mata hitamku

    ReplyDelete
  3. cantik sangat la..tunggu saya kaya nak sembat satu nanti..in shaa Allah

    ReplyDelete
  4. boleh trade in iphone lama tak? kot bolehlah replace kan

    ReplyDelete
  5. kena tunggu banyak duit dan kaya.... nk upgrade phone

    ReplyDelete
  6. tunggu harga jatuh dulu.

    haha

    ReplyDelete
  7. Tak tercapai dek dompet nak beli ipong ni. Haha

    ReplyDelete
  8. Pergghh telefon untuk orang berduit ni... huhuhu

    ReplyDelete
  9. hebat..orang kaya2 mungkin dah berkira2 nak beli satu..Yang tak berapa nak kaya ni pakat telan air liur je la..hahahah

    ReplyDelete
  10. Ciri2 yg mempesonakan..kalau dpt satu..mmg puas hati..tapi setakat ni..mampu bermimpi je lah...

    ReplyDelete
  11. Takde earphone jack nk kena pakai yg wireless? Mcm mana yg bertudung plak. Tolong jawabkan.

    ReplyDelete
  12. Takde earphone jack nk kena pakai yg wireless? Mcm mana yg bertudung plak. Tolong jawabkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde earphone jack maknanya guna tempat sama utk charge. earphone wireless plak alternatif. so terpulang sama ada kita nak beli atau tak. tapi kalau beli iPhone 7/plus akan ada cable tambahan utk kita guna earphone tu pada peranti lain

      Delete
  13. kalo pengen.. uda pasti pengen berat beli iphone 7.. tapi yang lebih berat lagi tuh di harganya... kemarin ada promo.. tapi tetep aj berat

    ReplyDelete
  14. setelah sekian lama, Alhamdulillaah syukur mampu memiliki iPhone 7plus idaman ni... x kesah laa, brp bnyk model bru yg kuar di pasaran skg, pd sy cukup laa ngn iPhone 7plus Jet Black 128gb ni... ( #kutu jer pun.. nk beli cash mmg x laa )

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top