22 September 2016

Cara Beli Barang di 11Street


Cara Beli Barang di 11Street. Makin lama makin banyak pulak laman portal beli-balah di Malaysia. Nama 11Street mungkin agak asing kerana ia baru dilancarkan di Malaysia pada April tahun lalu. 11Street sebenarnya berasal dari Korea dan sudah terkenal dibeberapa negara seperti Turki dan Indonesia sejak 2008 lagi. 

Dikendalikan oleh Celcom Planet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Axiata Bhd, 11Street menyokong semua jenis penjual termasuk individu, peruncit, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjual barang di 11Street. Ia lebih kurang seperti 'perantara' seller dengan pembeli. Sebab tu macam-macam kategori dan produk ditawarkan. 

Saya baru pertama kali beli barang 11Street, entah kenapa tiba-tiba rasa nak belajar main rubik's cube. Bila saya Google, 11Street satu-satunya laman web yang menjual rubik's cube pada harga murah iaitu hanya RM12.80, jenama Shengshou, jenis 3x3. 

Baca: Kebab Sedap di Kota Bharu

Jadi dalam entri ni saya akan share cara beli barang di 11Street. Ia sama sahaja seperti shopping di laman web lain. Tapi bagi yang tidak tahu, jangan risau boleh rujuk langkah mudah di bawah.

Cara Beli Barang di 11Street

#1 Daftar di http://www.11street.my/register/memberRegistForm/subscribe.do, dan pilih 'Sign up'.


#2 Isi maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Kemudian anda akan mendapat email yang menyatakan anda sudan berjaya mendaftar dan sedia untuk membuat pembelian.


#3 Langkah paling best, pilih barang yang anda nak, sebagai contoh saya pilih SHS Rubik's Cube. Kemudian klik 'BUY NOW'.


#4 Anda akan dibawa ke laman butiran penghantaran. Isi nama penuh, no telefon dan alamat ke mana anda ingin barang dihantar.


#5 Pilih cara pembayaran sama ada debit/kredit kad, online banking, ATM transfer, atau AirCash. In my case, saya guna online banking. Pilih bank anda dan klik 'Proceed Payment'. Anda akan dibawa ke ruangan transaksi. Siap!


#6 Anda akan menerima email pengesahan dari 11Street dan memberitahu pesanan sedang diproses berserta tracking number.

Servis 11Street

Servis tip top dan rubik's cube sampai dalam keadaan baik walaupun lambat lima hari. Tapi bukan salah 11Street kerana seller telah membuat penghantaran sehari selepas saya membuat pesanan. Masalah kelewatan disebabkan PosLaju.



Rubik's cube tu pulak berkualiti, lancar, smooth, dan tidak tersekat-sekat. Sangat berbaloi dengan harga RM12.80.

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan 11Street, walaupun agak ragu-ragu pada awalnya. Mungkin sebab layoutnya yang kurang menyerlah. Tapi 11Street memang boleh dipercayai dan sangat mengambil berat soal perkhidmatan. Mereka memastikan seller menghantar barang dengan betul dan pada masa pantas.

Entri sebelum ini - ULASAN FILEM: Train To Busan

Terima kasih kerana membaca Cara Beli Barang di 11Street

22 ulasan:

  1. belum pernah try lagi beli barang kat sini..

    BalasPadam
  2. ada masa i suka juga cuci-cuci mata di 11th street... pernah sekali membeli...

    BalasPadam
  3. cara2 dah ada ni, apa lagi kan terjah je

    BalasPadam
  4. TQ.. Belom pernah beli juga kat sini..

    BalasPadam
  5. Belum pernah beli lgi

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. maksud awak rm12.80? melalui cimb online banking

      Padam
  7. sy nk tnya kalau guna bank transfer mcm mane ye . kta kena hantar gambar resit ke macam mne . ?? sy x fhm laa :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah hantar resit. ia akan terus masuk ke sistem 11street. lepas pilih bank, bayar macam biasa.

      Lepas tu awak akan terima email pengesahan.

      Padam
    2. Yg sy xfhm nye lepas buat pembayaran melalui bank tadi lepastu 11street nk thu mcm mne yg kita dh banking?? ������ mohon penjelasan�� masih konfius. :'(

      Padam
    3. Lepas banking tu mmg automatik payment tu dh selesai ke dia tulis? Apa pula kaitannya dgn number order?

      Padam
    4. Yer..saya pun baru order barang through 11street ni..dan pilih payment method online banking.mulanya saya ingat ,konsep online banking 11street macam SHOPEE,dia akan terus redirect ke laman web bank yang nk berurusan..11street tak guna kaedah yang sama mcm SHOPEE.
      Dan itu membawa persoalan yang saudara TANPA NAMA timbulkan spt dia atas, macam mana kaedahnya 11street akan di notified bila kita dah buat payment melalui online banking. adakah kita kena tulis nombor order yang 15 digit tu dalam transaksi pembayaran online

      Padam
    5. 11street akan notify melalui email dan sms.. tak perlu tulis nombor order.

      Padam
  8. Mcm mne 11street nk thu yg kita dh banking?

    BalasPadam
  9. Salam... Nik. Saya ada order penimbang elektronik. Saya dh bayar secara banking online. Masalahnya, barang tak tiba lagi walaupun dah 13 hari ditempah. Dia dah comfirm dan dlm proses penghantaran.

    Adakah perlu kita comfirm purchase di website 11street.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena buat report.. diorang mmg laju reply kalau ada aduan.. lagipun takde rekod barang tu dah sampai ke pembeli

      Padam
  10. tak pernah shopping kat 11street nih tapi shoppe biasa lah

    BalasPadam
  11. sape boleh jawab persoalan saya . saya beli telifon dekat 11street . lepas say buat payment selapas sehari saya dpt msj diberitahu order d cancel sbb x da stok . dan saya punya payment akan di refund . diorang cakap ambik masa sekurangnya 14 hari bekerja untuk saya dapatkan balit duit saya . punya lah lama macam org berkayuh dr utara ke selatan hantar duit . sape ade pengalaman mcm saya jugak boleh tak kongsi sedikit brapa lama awak dt balit duit refund tu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan buat report sampai diorang bagi duit. tak pun call je

      Padam