Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus

0

Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus. Apple sentiasa menjadi penggerak dan tanda aras kepada telefon pintar. Baru-baru ini mereka telah melancarkan dua buah model baru iaitu iPhone 7 dan 7 Plus. Walaupun tidak banyak bezanya dengan iPhone 6 dari segi design, namun masih banyak pembaharuan, penambahbaikkan yang mampu mencuri perhatian pengguna.

Baca: Fakta Menarik Pokemon Go

iPhone 7/7 Plus akan berada di mula dijual pada 16 September dan dijangka masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sama ada mereka yang gilakan produk Apple atau yang sering bertukar telefon pintar, dua golongan ini sudah pasti akan mendapatkannya.

Persoalannya yang mana satu? Yang mana lagi okay, iPhone 7 atau 7 Plus? Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dari segi saiz, fungsi, dan harga. Jadi dalam entri ini saya senaraikan spesifikasi penuh serta perbandingan antara iPhone 7/7 Plus.

Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus


iPhone 7
iPhone 7 Plus
Saiz
5.44 x 2.64 inci
6.23 x 3.07
Berat
138g
188g
Skrin
4.7 inci Retina HD LED backlit
6.63 Retina HD LED backlit
Resolusi
1,334 x 750 pixels (326 ppi)
1,920 x 1,080 pixels (401 ppi)
iOS
iOS 10
iOS 10
Storage
32, 128, 256GB
32, 128, 256GB
Sistem pemprosesan
Cip A10 Fusion dgn binaan 64-bit, M10 motion processor
Cip A10 Fusion dgn binaan 64-bit, M10 motion processor
Kamera
12MP (belakang), 7MP (hadapan)
Dwi-kamera 12MP (belakang), 7MP (hadapan)
Bateri
Sehingga 12 jam penggunaan internet LTE
Sehingga 13 jam penggunaan internet LTE
Kalis air
Ada
Ada
Bluetooth
Versi 4.2
Versi 4.2
Warna
Silver, rose gold, matte black, jet black
Silver, rose gold, matte black, jet black

Secara keseluruhannya, iPhone 7 Plus lebih hebat dan premium berbanding iPhone 7. Perbezaan ketara yang ditekankan Apple adalah kameranya. 7 Plus mampu merakam gambar dan video jauh lebih baik dari iPhone 7.

Sebelum membuat keputusan iPhone mana yang bakal dibeli, anda harus mengambil kira faktor saiz, ketahanan bateri, kamera, dan paling penting harga. Jika anda yang sukakan fotografi dan ingin  meningkatkan kualiti gambar Instagram, iPhone 7 Plus adalah pilihan terbaik. Dan jika anda bukan heavy user serta tidak begitu mengambil berat soal kamera tapi tetap ingin memiliki iPhone terbaharu, iPhone 7 adalah untuk anda.

Entri sebelum ini - 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 7/7 Plus

Terima kasih kerana membaca Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top