Sabtu, 17 September 2016

ULASAN FILEM: Train To Busan


ULASAN FILEM: Train To Busan. Antara filem yang paling hangat diperkatakan pada 2016. Saya sendiri bukanlah peminat hiburan dari Korea, tapi sebab saya ni 'cinephile' dan meminati filem yang mengangkat tema zombi, rating iMDb dan Rotten Tomatoes pula tinggi, serta terlampau banyak pujian yang diberikan... Saya memilih untuk menonton Train To Busan

Ini filem Korea pertama yang saya tonton. I'll review this movie as honest as I can without spoiling anything.

Sinopsis Train To Busan

Mengisahkan perjalanan seorang bapa, Seok-woo (Gong Yoo), bersama anak perempuannya, Soo-an, dalam perjalanan menaiki keretapi dari Seoul menuju ke Busan. Kisah bermula apabila Seok-woo, seorang workaholic yang telah bercerai tinggal bersama ibunya di Seoul. Sentiasa sibuk di pejabat menyebabkan beliau jarang meluangkan masa bersama anaknya sehinggakan beliau terbeli hadiah hari jadi yang sama buat Soo-an.

Untuk memujuk anaknya, beliau berjanji untuk menghantar Soo-an (Soo-an Kim) ke rumah bekas isteri di Busan kerana Su-an terlalu rindukan ibunya. Setelah beberapa minit berlepas, penumpang mula sedar dengan ancaman zombi di dalam keretapi. Lebih memburukkan lagi keadaan virus zombi telah pun merebak ke seluruh bandar dan mereka tiada jalan lain selain meneruskan perjalanan ke Busan dengan keretapi dipenuhi zombi.

ULASAN FILEM: Train To Busan

Filem tentang zombi bukan lagi baru dalam dunia perfileman dan kesemuanya hampir sama. Train To Busan mengingatkan saya pada World War Z (2013) lakonan Brad Pitt, di mana kedua-dua filem ini memaparkan zombi yang ganas, liar, dan lebih virus lebih cepat merebak.


Apa yang membezakan Train To Busan adalah penceritaannya yang tidak hanya memaparkan serangan zombi meratah mangsa tetapi sarat dengan elemen kekeluargaan yang menyentuh emosi penonton. Pengarah, Yeon Sang-ho, bijak mencipta karakter yang mempunyai personaliti berbeza sekaligus membuatkan penonton mengambil berat akan sesetengah watak.

Hampir 80 peratus daripada filem ini mengambil tempat di dalam keretapi selain menyelitkan babak mendebarkan di stesen keretapi di mana penumpang mendapat tahu seluruh daerah sudah dijangkiti virus. 'Claustrophobic tension' turut dapat dirasai hampir pada setiap babak terutamanya ketika Seok-woo terpisah dengan anaknya dan terpaksa melalui beberapa gerabak yang dipenuhi zombi.

Baca: Panduan Jual Burger Menguntngkan

Barisan pelakon telah memberikan persembahan mantap menerusi filem ini. Tidak banyak dialog, renungan mata sudah cukup menceritakan apa yang dilalui setiap karakter. Pelakon kanak-kanak, Soo-an Kim, was amazing!


CGI kurang menyengat 

Kesan khas atau Computer-Generated Imagery (CGI) tampak 'fake' terutama ketika babak zombi jatuh dari helikopter dan ketika puluhan mayat hidup itu berpaut pada keretapi. Gambaran dari atas yang memperlihatkan suasana bandar juga tidak nampak real.

Watak penting mengambil masa yang agak lama untuk bertukar menjadi zombi.... hampir adil kerana mereka sempat berdialog dengan karakter lain. Lol! Stereotype! Watak Yong-Suk, pegawai korporat yang pentingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan orang lain untuk menyelamatkan dirinya. Predictable. Terlalu ringkas dan tiada plot twist. Dari awal lagi sudah boleh agak siapa yang akan selamat. 

Pada saya Train To Busan tidak sehebat seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Tapi tidaklah terlalu teruk dan masih berbaloi untuk ditonton. Sorry.

#NKMovieRating 7/10 

Entri sebelum ini - Perbandingan Antara iPhone 7 dan 7 Plus

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem: Train To Busan

10 ulasan:

  1. saya belum berani sangat nak tengok kecuali kalau awek ajak..so terpaksa tunjuk berani...nasib baik tak ada awek

    BalasPadam
  2. Memang takut tengok cerita seram mcmni..lagi2 dalam panggung wayang. Seraammmm...kang Ade yang tengok sambil pejam mata

    BalasPadam
  3. Cerita pasal zombi ke.
    Tak sesuai lah nak tengok dengan anak kecil.

    BalasPadam
  4. Zumal sokong ulasan ni. Filem ni akhirnya sedih...

    BalasPadam
  5. dari segi jalan cerita. ok. simple.

    tapi tak padu banding cerita zombie yang lain.

    tak tahu punca yang detail camana diorang jadi zombie.

    bagus lagi zombie kampung pisang.

    but, sebab cite ni dari korea.

    benda ni jadi fenomena.

    dan of kos, mamat gemuk tu memang aku suka setiap kali dia berlakon filem atau drama.

    dia memang ada jiwa.

    dan ofkos pelakon lain berlakon bagus juga.

    cuma tu la, jalan cerita dia simple sangat.

    kita boleh agak ending dia.

    BalasPadam
  6. belum tengok sebab penakut punya hal

    BalasPadam
  7. Dah tengok cerita ni tapi masih samar2 sebb awal filem tak tengok.
    Ending memang sedih.

    BalasPadam
  8. Dah tengok...bosan citenya cam mendatar

    BalasPadam