14 Oktober 2016

Cara Semak Huawei Original

Cara Semak Huawei Original. Sebelum ini saya dah kongsikan cara untuk semak beberapa jenama telefon pintar  sama ada ia adalah original atau tidak. Telefon yang menggunakan sistem operasi Android sememangnya mudah untuk diciplak dan ramai yang telah terkena dengan taktik kotor ini. 

Terdapat segelintir penjual memperdaya pelanggan dengan mengatakan telefon yang dijual asli sedangkan ia palsu. Si pelanggan yang  tiada pengetahuan dalam teknologi dan gajet pula mudah tertipu dan membelinya dengan harga tinggi.


Jenama Huawei tidak terkecuali. Produk dari Cina ini sudah banyak mengeluarkan telefon pintar hebat. Yang paling mendapat sambutan hangat adalah peranti terbaru mereka, Honor 8! Oleh kerana Honor 8 trending pada waktu ini, saya kongsikan bagaimana untuk mengenal pasti sama ada Huawei yang anda beli ori atau palsu. 

Cara Semak Huawei Original

1. Dapatkan nombor IMEI Huawei dengan mendail [*#06#]. Nombor ini turut boleh didapati pada kotak telefon. 
2. Layari http://consumer.huawei.com/my/support/warranty-query/index.htm dan masukkan nombor IMEI terpapar pada telefon anda.


Jika Huawei anda original, anda akan dipaparkan dengan perincian tentang model Huawei anda seperti gambar di bawah. Nombor IMEI dan model telefon yang asli dan berdaftar sahaja akan terpapar.

Mereka yang menciplak telefon melakukan kerja dengan baik sehingga sukar untuk dikenalpasti secara fizikal. Sistem pemprosesan pula mirip dengan original namun walau sehebat mana ia ditiru, akan ada beberapa ciri yang tidak akan berfungsi sama seperti peranti original.

Entri sebelum ini - Tips Bisnes Aiskrim

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Huawei Original

8 ulasan:

  1. Kena tahu original ke fake kan sebab sekarang ni banyak sangat kes telefon meletop

    BalasPadam
  2. banyak duit dah keluar mestilah kita nak yang ori kan?? sebab tu kena tau..tq info berguna ini

    BalasPadam
  3. setuju..mmg kena make sure betul2 fake ke tidak ...klu jd apa2 bkn kita aje dlm bahaya even org sekeliling kita pun kena...

    BalasPadam
  4. betul betul, kena tengoklah fake ke ori. kalau fake dah la kita beli mahal juga, pasti boleh jadi bahaya juga

    BalasPadam
  5. Memang banyak orang jual benda fake ni. Kalau tak tahu memang kena kecing aje..

    BalasPadam
  6. belum pernah lagi pakai henpon jenama ni.phone sekarang ni pun tak pernah cek pun..tengok pakai ok je..katanya ori :P

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...dah check ...Honor 5X saya 100% Original..hehe

    BalasPadam
  8. Kenan betui nset ni, tp x mampu :P

    BalasPadam