Kisah Disebalik Meme Internet Popular

6
Kisah Disebalik Meme Internet Popular. Meme (baca 'mim') bermaksud gambar yang disebarkan di internet yang bertujuan untuk menjadi bahan jenaka. Meme boleh terdiri dari gambar, video, atau gif yang kebiasaannya hadir dengan caption kelakar. 

Kebanyakkan meme merupakan memek muka yang dipetik dari filem, tv, atau isu semasa dan media sosial menjadi medan penyebaran meme. Terdapat beberapa meme yang sering digunakan di laman sosial. Cukup terkenal dengan caption silih berganti dan anda boleh menjumpainya di mana sahaja!

Baca: 6 Episod Kartun yang Diharamkan

Namun pernahkah anda terfikir siapa dan apakah kisah disebalik meme tersebut. Bagaimana ia terjadi dan boleh tersebar di internet? Dalam entri ini saya akan kongsikan cerita disebalik beberapa meme popular. Kebanyakkannya terhasil secara tidak sengaja.

Kisah Disebalik Meme Internet Popular


First World Problems Girl - Solvia Bottini ialah model kelahiran Varese, Itali,  telah muncul dalam pelbagai jenis iklan. Bottini juga membuat penpambilan dalam filem Romeo & Juliet dan Alice In The Wonderland. Setelah gambarnya sedang menangis diterbitkan laman popular Buzzfeed, Bottini menjadi terkenal dengan gelaran 'first world problems girl'.


Bad Luck Brian - Tindakan rakan Kyle Craven memuatnaik gambar sekolah ke laman Reddit membuat beliau terkenal dalam sekelip mata. Menurut temubual Craven dengan Washington Post, gambar tersebut diambil sekadar untuk berjenaka bersama rakan-rakannya. Craven menggosok mukanya supaya tampak merah dan mengecilkan matanya supaya kelihatan kelakar. Beliau tidak menyangka gambarnya bakal menjadi meme terkenal.


Success Kid - Meme bayi menggenggam tangan menggambarkan 'berjaya' ini cukup dikenali. Laney Griner mengambil gambar anak lelakinya, Sammy, pada 2007 dan memuatnaik gambar tersebut di laman Flickr. Saban tahun, gambar anaknya dikongsi ribuan pengguna Reddit, The Voices dan Daily What. Tetapi mula mendapat perhatian setelah muncul dalam iklan Vitamin Water di Amerika Syarikat.

  
Disaster Girl - Riak wajah kanak-kanak ini menunjukkan dialah menjadi punca kebakaran itu berlaku. Tapi sebenarnya gambar ini diambil oleh Dave Roth ketika menyaksikan ahli bomba menjalani latihan memadamkan kebakaran bersama anak perempuannya. Roth mengambil gambar pada saat tepat ketika anaknya memberikan senyuman sinis berlatarbelakangkan kebakaran.


Not Impressed - McKayla Maroney yang berasal Amerika Syarikat perlu rasa bersyukur kerana terpilih menyertai sukan Olimpik 2012. Setiap atlet yang bertanding menimpikan pingat emas, dan wajah kecewa Maroney jelas terpancar apabila beliau mencebikkan bibir selepas menang pingat perak. Maroney mendapat perhatian apabila wajahnya kecewanya tersebar di media sosial sehingga mendapat perhatian Barack Obama. 


You dont say - Lukisan hitam putih aktor Nicholas Cage kerap digunakan di media sosial. Gaya lakonan Nicholas Cage sentiasa menjadi bahan jenaka kerana beliau membuat memek muka sama dalam semua filem lakonannya. Tapi meme beliau yang paling popular dipetik dari filem Vampire's Kiss (1988).

  
Bitch please - Yao Ming merupakan pemain bola keranjang berasal dari China. Meme beliau diambil ketika sidang media sebelum perlawanan pada May 2009. Gambar beliau kemudian dimuat naik dalam laman Reddit oleh pemilik akaun bernama Downlow untuk cari perhatian netizen. Ternyata tindakkannya membuahkan hasil.

Entri sebelum ini - Cara Semak Huawei Original

Terima kasih kerana membaca Kisah Disebalik Meme Internet Popular
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Hahah!
    Yg Yao Ming tu mmg selalu sgt nampak. Tu la, nampak mcm muka Cina. Tak sangka tu asalnya. haha .. I like

    ReplyDelete
  2. yao ming tu jadi viral betul

    ReplyDelete
  3. ternyata itu tow, yang paling ppuler adalah meme dri yo ming

    ReplyDelete
  4. terbaik cik nik...banyak info

    ReplyDelete
  5. mata saya terpana dengan setaip meme...terbaik..i follow u :)

    ReplyDelete
  6. meme budak dengan umah terbakar tu memang best..ahahaa..wat aku tergelak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top