Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop

34
Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop. Membeli-belah dengan menonton siaran demonstrasi melalui saluran televisyen bukan lagi perkara baru, ia telah wujud sejak bertahun lalu. Namun ia benar-benar mendapat tempat di hati rakyat Malaysia bermula 2 tahun lalu.

Berikutan ramai yang gemar membeli-belah di atas talian, kini makin bertambah saluran tv yang menyediakan perkhidmatan sama iaitu berkonsepkan 'shoppertainment' antaranya adalah CJ Wow Shop. Siaran demonstrasi CJ Wow Shop (CJWS) milik Media Prima Bhd ini bersiaran di saluran Tv3, ntv7, 8Tv, Tv9, dan laman tonton.my.

Baca: Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama

CJWS menjual pelbagai jenis produk dari kategori kediaman dan kehidupan, kecantikan, fesyen dan digital. Cara pembelian pula tidak terhad dengan melayari laman web sahaja, anda boleh turut boleh membuat pesanan melalui talian bebas tol dan melalu aplikasi telefon pintar.

Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop

Setakat ni saya dah beli dua barang dari CJ Wow Shop.... I mean, my parents bought them. Saya cuma tolong je iaitu Cornell Personal Blender (RM99) dan Coocan Multi Grill (RM309). Kedua-duanya berkualiti dan berfungsi dengan baik. Harga pula berpatutan dan berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan produk tersebut.




Tempoh penghantaran pula hanya mengambil masa dua hingga tiga hari je dan barang sampai dalam keadaan baik. Saya memilih penghantaran Cash on Delivery (COD) menggunakan kurier GDex. Tak perlu online banking, dapat barang baru bayar.

Bagi yang nak tahu macam mana cara nak shopping di CJWS melalui online, boleh rujuk langkah di bawah.

Cara beli barang di CJ Wow Shop

1. Layari www.cjwowshop.my. Daftar di bahagian Signup. Masukkan maklumat peribadi dan sebagainya.

2. Selepas mendaftar anda sudah boleh membuat pembelian. Pilih barang yang anda inginkan kemudia klik 'Buy'.

3.  Semak barang berserta harga yang ditawarkan. Kemudian klik 'Checkout'.


4. Pada ruangan check out, pastikan nama dan alamat anda. Pilih Shipping method (penghantaran) dan payment method (pembayaran) in my case, saya pilih COD. Jika anda pilih transaksi online, pilih bank anda dan terus buat pembayaran.


Apa yang best tentang CJ Wow Shop atau rancangan berkonsep shoppertainment:
  • Boleh menonton demonstrasi
  • Boleh lihat sendiri kualiti dan kemampuan produk
  • Harga lebih murah dari pasaraya
  • Terdapat potongan harga pada jam tertentu

Lagipun cara nak beli barang pun senang kerana dengan paparan website yang ringkas dan mudah difahami.

Just because I say nice things about CJ Wow Shop it doesn't mean this is paid review. This is not a sponsored post. But I'd love to be sponsored. *cough*

Entri sebelum ini - Kisah Disebalik Meme Internet Popular

Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang CJ Wow Shop
Tags

Post a Comment

34Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Oh, Nik pun dah memjadi pelanggan CJ Wow shop juga yea

    ReplyDelete
  2. x pernah lg beli kt cjws ni...murah jugak harga blender tu

    ReplyDelete
  3. Barang nie mmg wow!I sgt suka Cornell Personal Blender yg blh pakai utk blend orange dan epal utk diet I.

    ReplyDelete
  4. Macam menarik jer...berkenan jugaklah dengan barang-barang dapur ni. Senang nak buat kerja :)

    ReplyDelete
  5. kt opis ni je banyak orang beli..tetiap minggu ada je orang beli..ohohoh

    ReplyDelete
  6. Ni nak tanya...kaedah COD tu depa hantar sampai rumah ikut alamat lepas tu bayar depan² ka ?? Nak tau nih...

    ReplyDelete
  7. tidak mustahil suatu hari nanti CJ wow shop jual rumah pula hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalam.. Kalu bhgian adress tu.. Nak tulis lengkap siap poskod skali ke?.. Sebab dekat bawah dia dah mntak poskod dan city.. Saya keliru dekat bahgian tu dan brang sye lmbat smpai sbab sye kena order 2 kali dsebabkan perkara tu.. Sya dah tak ingat mcam mane..

    ReplyDelete
  9. mcm mna nak semak status barang yg dah beli??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila barang tu dah dipos, cjwow shop akan email tracking number. boleh track nombor tu di laman web kurier

      Delete
  10. admin , bleh brtanye ? dekat list kita dh order tu mmg brg status ade button order tracking ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. tapi once diorg dah post, cjwow shop akan hantar tracking number melalui sms dan email.

      Delete
  11. admin , bleh brtanye ? dekat list kita dh order tu mmg brg status ade button order tracking ke ?

    ReplyDelete
  12. Pelanggan yg Nasib kurang baik13 September, 2017 19:17

    Kenapa bila barangan ada masalah , pembeli buat panggilan ke cjwow dan customer service tidak menyelesaikan masalah pada masa tersebut , minta tunggu panggilan dari cjwow ? sepatutnya kena selesai waktu pelanggan buat panggilan dan bukan minta pelanggan tunggu return call ? pls correct me if I'm wrong ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan email cjwowshop shj. saya pernah cuba..

      Delete
    2. Susah btul bla mtk resit pembelian utk tujuan claim warranty...sepatutnya semasa penghantaran dh sediakan siap2 invoice@resit utk tujuan claim warranty krn srvice center akn mtk warranty card serta resit pembelian..

      Delete
  13. Nak tnye caj penghntran dikenakn x?

    ReplyDelete
  14. Assalam . saya nak tanya , sy ada buat pembelian kat cjwowshop , slpas 3-4 hari order tp brg tksampai2 ... sy gunakan COD . lepas tu sy check no tracking dia ckp delivery fail .
    sy nak order lain tp takut nnti tiba2 brg sampai banyak pulak ..bole ke sy nak order lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba call kurier.. GDex kan? cuba call dan bagi tracking number. Biasanya ada di post office.

      Delete
  15. hari tu sudah daftar guna Google, tapi lepas tu tak boleh nak masuk pula. kena buat semula lah nampaknya.

    ReplyDelete
  16. Macam mana ye nak claim waranty cj wow shop ni. Ada yg tau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. contact custome service cjwow shop dulu, nanti dia bagi nombor telefon dan email company produk. saya pernah buat

      Delete
  17. Barang saya dah sampai di depan rumah tapi saya tak ada di rumah ... Macam mana nak ambik barang yang saya order tu ?

    ReplyDelete
  18. Salam saya nak tanya. Saya oder hetch 6L smart pressure cooker with stainless pot.. 3-4ari barang xsmpai2. Saya gunakan penghantaran. Mcmmana nk semak barang yang dah dibeli tu bila sampai..

    ReplyDelete
  19. Salam saya nk tanya barang saya dah sampai mana sekarang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top