Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

13

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria. 'Abang Bomba I Love You' bakal berakhir tidak lama lagi dan saluran Astro Ria akan menghidangkang penonton setianya dengan sebuah lagi drama menarik bertajuk SURI HATI MR PILOT

Drama bersiri 16 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel popular. Dibintangi Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot turut dibantu oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, dan Nina Juren.


Suri Hati Mr Pilot bakal bersiaran mulai 10 Oktober 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (123).


Sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

Pertemuan antara Warda dengan Ejaz, seorang juruterbang, membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah kecewa dengan cinta lamanya, Muslim. Warda pernah dibuang keluarga atas kebodohannya dalam dunia percintaan akibat terlalu taksub dengan cinta Muslim. 

Warda dan Ejaz saling menyintai, namun dalam masa yang sama Daniel dan Razif turut menyimpan menaruh hati terhadap Warda. Ejaz diasak rasa cemburu dan nekad untuk menjadikan Warda sebagai isterinya.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun,  Muslim kembali menuntut cinta Warda. Ejaz mula curiga terhadap isterinya sendiri. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? 



Tags

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah..hebat juga cerita cinta ini..mesti bestkan

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok cerita ni, neelofa asyik update je kat instagram!

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak lihat versi drama plak. :)

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok Neelofa berlakon

    ReplyDelete
  5. ni ke cerita yang hangat tu? sebab ramai orang cakap drama ni seronok.

    ReplyDelete
  6. Amat sukakan program Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria. Harap tahun depan boleh sambung dengan episod baru dan meningkatkan lagi keseluruhan penyeronokkan.

    ReplyDelete
  7. Nak tanya ni..kalau astro on the go ..mcm mna nak tengok episod seterusnya bagi drama bersiri? Bila saya dah habis tengok eps 1 , eps seterusnya tk boleh cari..

    ReplyDelete
  8. Nak tanya ni..kalau astro on the go ..mcm mna nak tengok episod seterusnya bagi drama bersiri? Bila saya dah habis tengok eps 1 , eps seterusnya tk boleh cari..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top