Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria. 'Abang Bomba I Love You' bakal berakhir tidak lama lagi dan saluran Astro Ria akan menghidangkang penonton setianya dengan sebuah lagi drama menarik bertajuk SURI HATI MR PILOT.
Drama bersiri 16 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel popular. Dibintangi Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot turut dibantu oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, dan Nina Juren.
Suri Hati Mr Pilot bakal bersiaran mulai 10 Oktober 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (123).
Sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria
Pertemuan antara Warda dengan Ejaz, seorang juruterbang, membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah kecewa dengan cinta lamanya, Muslim. Warda pernah dibuang keluarga atas kebodohannya dalam dunia percintaan akibat terlalu taksub dengan cinta Muslim.
Warda dan Ejaz saling menyintai, namun dalam masa yang sama Daniel dan Razif turut menyimpan menaruh hati terhadap Warda. Ejaz diasak rasa cemburu dan nekad untuk menjadikan Warda sebagai isterinya.
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun, Muslim kembali menuntut cinta Warda.
Ejaz mula curiga terhadap isterinya sendiri. Hubungan yang
retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz
dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia
penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka?
Entri sebelum ini: Honor 8 - Berkualiti dan Berbaloi
Terima kerana membaca Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria
wah..hebat juga cerita cinta ini..mesti bestkan
ReplyDeleteomg! my crush berlakon
ReplyDeleteramai peminat cik lopa ni
Deletetak sabar nak tengok cerita ni, neelofa asyik update je kat instagram!
ReplyDeletemcm best ja cerita tu..
ReplyDeleteTak sabar nak lihat versi drama plak. :)
ReplyDeleteDah lama tak tengok Neelofa berlakon
ReplyDeleteni ke cerita yang hangat tu? sebab ramai orang cakap drama ni seronok.
ReplyDeletesebab pelakon cantik dan handsome kot
DeleteAmat sukakan program Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria. Harap tahun depan boleh sambung dengan episod baru dan meningkatkan lagi keseluruhan penyeronokkan.
ReplyDeleteSuka tengok Neelofa
ReplyDeleteNak tanya ni..kalau astro on the go ..mcm mna nak tengok episod seterusnya bagi drama bersiri? Bila saya dah habis tengok eps 1 , eps seterusnya tk boleh cari..
ReplyDeleteNak tanya ni..kalau astro on the go ..mcm mna nak tengok episod seterusnya bagi drama bersiri? Bila saya dah habis tengok eps 1 , eps seterusnya tk boleh cari..
ReplyDelete