Selasa, 29 November 2016

Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan


Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan. Jika anda biasa singgah ke blog ni pasti ada perasan yang saya selalu terbitkan entri tentang tips shopping online. Dalam entri ini juga saya akan kongsikan bagaimana untuk beli barang makeup dengan harga termurah/diskaun secara atas talian.

Sesiapa sahaja yang memperuntukkan bajet kecil terhadap barang makeup pasti terseksa setiap kali browsing portal beli-belah kerana harga kebanyakkan barang makeup agak mahal. Jangan risau lepas ni tak akan ada masalah lagi.

Baca: Harga Terkini Rawatan Hospital Kerajaan

Sebelum tu anda perlu semak mana-mana laman web yang menawarkan diskaun melalui 'newsletter' mereka. Banyak portal beli-belah yang membuat tawaran seperti ini contohnya diskaun untuk belian pertama atau penghantaran percuma. Namun ia biasanya hanya hadir pada musim perayaan.


Selain itu sosial media menjadi salah satu medium untuk kaum hawa semak web site mana tengah buat sales. Walaubagaimanapun, jualan murah tidak berlangsung setiap hari.

Paylesser

Tapi tahukan anda Paylesser menawarkan kupon yang memberikan diskaun hebat ketika shopping online? Anda akan mendapat diskaun 10 hingga 20 peratus terutamanya bagi mereka yang nak beli produk kecantikan! Daftar secara percuma dan Paylesser membantu anda menjadi pembeli yang bijak dalam mendapatkan harga terbaik.


Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan

Untuk tampil cantik di mata umum memerlukan perbelanjaan besar. Sebab tu kena beli produk yang berkualiti dan dipercayai. Namun ia bukan murah. Apatah lagi dari jenama terkenal dunia. Kalau anda biasa beli barang makeup online Malaysia, mesti tahu tentang Hermo.my, salah satu portal yang menjual skincare Malaysia.

Hermo voucher

Hermo Malaysia yang berpengkalan di Johor ini memiliki segala macam produk kecantikan dari penjagaan wajah, rambut, kulit, mandian, dan wangian. Sebut sahaja jenama apa yang anda inginkan, Maybelline, L'Oreal, SK-II, NYX, Biotherm, dan banyak lagi. Termasuklah barangan dari Korea yang memang tengah 'in' sekarang.


Harga yang ditawakan juga cukup berpatutan tapi anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah dengan menggunakan voucher Hermo dari Paylesser. Daftar percuma di Paylesser dan anda boleh menikmati potongan harga gila-gila dengan vouvher dari mereka. Memang kena sangat dengan tagline Hermo iaitu 'turning beauty in a click.'

Diskaun 20% Shoppu

Okay honestly, saya baru je tahu tentang kewujudan Shoppu. Kemunculan banyak pusat beli-belah atas talian sekarang ni memang susah nak catch up.  Di laman Shoppu ni macam-macam ada dan bukan hanya Malaysia online beauty store. Pakaian, gajet, elektronik, keperluan bayi, barangan runcit, dan kelengkapan rumah.


Tapi dalam entri ni saya nak fokuskan barang makeup sahaja. Dengan Paylesser anda boleh mendapatkan potongan sehingga 20% untuk barangan kosmetik di Shoppu. Jadi jika anda guna kod kupon ni, bertambah-tambah penjimatan yang boleh dilakukan!

Kedua-dua Hermo dan Shoppu ni sememangnya dipercayai dan menjual produk asli dan berkualiti. So tak perlu ragu-ragu untuk membuat pembayaran. Masukkan kod kupon dan voucher pada ruangan yang disediakan masa nak bayar.


Kenapa bayar lebih kalau ingi tampil cantik? Sebab sekarang ni anda dah tahu cara macam mana nak beli alatan kosmetik dengan harga terendah. Rugi kalau tak guna kupon dari Paylesser. Sebab membeli secara online sendiri dah memberi banyak kelebihan kepada pengguna.

There you have it. Semoga entri ni dapat membantu korang melakukan penjimatan masa nak shopping barang make up. Boleh share tips ni dengan kawan-kawan yang lain. Bye!

Entri sebelum ini - Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Dapatkan Diskaun untuk Produk Kecantikan

4 ulasan: