14 November 2016

Fakta Menarik Fantastic Beast And Where To Find Them


Fakta Menarik Fantastic Beast And Where To Find Them. Penggemar buku dan siri filem Harry Potter sudah pasti tidak sabar lagi untuk menonton  Fantastic Beast And Where To Find Them (FBAWTFT). Bagi mereka yang tidak tahu ini merupakan filem adaptasi dari buku tulisan JK Rowling yang dikembangkan dari siri Harry Potter.

Dalam dunia magik Harry Potter FBAWTFT adalah buku text sejarah yang ditulis oleh Newt Scamander dan buku ini tersimpan di perpustakaan sekolah Hogwarts. Jadi FBAWTFT bukan kesinambungan Harry Potter tetapi kisah yang berlaku puluhan tahun sebelum itu.

Kalau anda pernah baca buku pertama Harry Potter, buku text FBAWTFT disebut pada halaman 67. Ia merupakan salah satu keperluan persekolahan bagi pelajar Hogwarts tahun pertama.

Bought this book in 2002. Sebab tu dah kuning. lol!


Diarahkan oleh David Yates, FBAWTFT berlatarbelakangkan tahun 1926 yang mengisahkan Newt Scamander, seorang magizoologist yang terbang ke New York untuk mengkaji makhluk ajaib bersama golongan ahli sihir Amerika. Namun Newt berdepan dengan masalah besar apabila makhluk yang disimpan dalam 'beg'nya terlepas dan berkeliaran dibandar New York.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik FBAWTFT lakonan Eddie Redmayne, Collin Farrell, Katherine Waterston dan Ezra Miller.

Fakta Menarik Filem Fantastic Beast And Where To Find Them

1. FBAWTFT merupakan filem pertama JK Rowling berperanan sebagai penulis skrip.

Baca: Siapa Casey Neistat?

2. Nama  Newt Scamander pernah muncul dalam filem Harry Potter and The Prisoner of Azkaban iaitu pada peta Marauder's Map


3. J.K Rowling mengatakan filem ini bukan prequel mahupun sequel kepada siri Harry Potter, tetapi secebis kisah yang dikembangkan dari dunia magik itu.

4. Jika dalam dunia Harry Potter (HP) manusia yang tidak tahu menggunakan magik digelar "Muggle", namun ahli sihir Amerika menggelarkan mereka sebagai "No-maj" singkatan kepada 'no magic'.

Fantastic Beast and Where To Find Them
5. Dalam dunia HP, buku tulisan New Scamander iaitu FBAWTFT diterbitkan pada tahun 1927 dan laris dijual sehingga mendapat kelulusan Hogwarts untuk djadikan buku text. Scamander juga diberi pengiktirafan untuk memiliki kadnya sendiri yang hadir dalam Chocolate Frog.

6. Diarahkan oleh David Yates, yang pernah mengarahkan empat filem terakhir HP.

7. Matt Smith dan Nicholas Hoult antara pelakon yang dicalonkan memegan watak Scamander. Namun Eddie Reydmayne dari awal lagi menjadi pilihan utama pihak produksi dan Redmayne tidak perlu menghadiri sesi ujibakat.


8. Filem FBAWTFT masih belum ditayangkan tetapi JK Rowling dan produksi mengesahkan filem ini bakal diterbitkan sebanyak 5 siri.

9. Walaupun filem ini berlatarelakangkang New York, 100% menjalani penggambaran di United Kingdom. 


5 ulasan:

  1. Gigih Mrs. A baca samapi habis tapi sebab Mrs. A kurang minat dengan HP jadinya susah nak hadam ngeh!ngeh!ngeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak minat HP pun still boleh tgk filem ni sebab boleh dikatakan takde kena mengena dgn HP hehehe

      Padam
  2. Confirm meletop filem nie.. Ramai kot peminat harry potter kat dunia nie

    BalasPadam
  3. mcm menarik je movie ni..blh layan nnt ni

    BalasPadam
  4. okeh..ada 5 siri..wajib tonton ni sebab JK Rowling punya cerita..kikikiki

    BalasPadam