Kesilapan Filem yang Anda Tidak Perasan

9

Kesilapan Filem yang Anda Tidak Perasan. Bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem. Ia memakan masa berbulan malah bertahun sebelum ia ditayangkan kepada umum. Ia perlu melalui beberapa proses dan harus disunting berkali-kali supaya menjadi naskah sempurna di mata penonton.

Walaupun proses pembikinan filem melibatkan ratusan kru, mereka masih melakukan kesilapan. Adakalanya melibatkan kesalahan fakta dan susur masa. Paling teruk, kesilapan besar yang boleh dilihat pada skrin.

Berikut adalah beberapa kesilapan ketara yang boleh dilihat dalam filem Hollywood.


Die Hard 2: Babak dalam Die hard 2 memaparkan kumpulan jahat sedang merencanakan rancangan mereka. Kemudian lelaki berkulit hitam tunduk untuk mengambil kotak di bawah meja. Akan tetapi tangan lelaki kulit berputih dilihat mengambil kotak itu.


Batman Begins: Pelakon tambahan memberi impak besar dalam sesebuah filem. Tetapi dalam filem Batman Begins, seorang pelakon tambahan membawa dua watak berbeza. Pada satu babak, seorang pegawai polis mengarahkan Batman supaya keluar dari keretanya. Kemudian lelakin sama melakonkan watak polis berada di kawasan berlainan bertanyakan bagaimana rupa kereta Batman. 


Gladiator: Filem bergenre historical drama yang diterbitkan pada tahun 2000 ini cukup popular. Gladiator menaikkan nama Russell Crowe dan Crowe membawa pulang Anugerah Oscar melalui filem ini. Salah satu babak pertarungan dimana kereta kuda terbalik sekaligus menampakkan tangki oksigen.   


Bad Boys (1983): Filem bergenre crime drama lakonan Sean Penn, babak pergaduhan di penghujung filem memaparkan pertarungan dua watak di dalam penjara. Ketika mereka sedang bergelut di atas lantai, jurukamera dan kru kelihatan pada skrin.

  
Star Wars - A New Hope: Peminat filem francais nombor satu dunia ini pasti tidak boleh lupa akan moment ini di mana kepala salah seorang Stormtrooper terhantuk ketika sedang berjalan. 


Braveheart: Filem arahan dan dilakokan oleh Mel Gibson yang mengisahkan pemberontakkan rakyat Scotland untuk mendapat kemerdekaan dari England. Braveheart menerima 5 Anugerah Oscar, namun terdapat satu kesilapan pada salah satu babak di mana lelaki memakai jaket dan bertopi tiba-tiba muncul pada skrin.


Harry Potter and The Chamber of Secrets: Babak dalam filem kedua dalam siri Harry Potter, Severus Snape cuba membantu Draco Malfoy bangun selepas jatuh ketika berlawan dengan dengan Harry. Penonton boleh lihat jurukamera jelas kelihatan di sebelah kanan skrin.


Cobra: Kesalahan filem seterusnya adalah Cobra, lakonan Sylvester Stallone. Babak menunjukkan watak Stallone mengoyakkan baju watak antagonis sekaligus menampakkan mikrofon yang dilekatkan pada dadanya.


Last Samurai: Filem lakonan Tom Cruise mengisahkan penasihat tentera Amerika Syarikat menyelami budaya samurai selepas ditahan sewaktu perang. Sebelum pertarungan terakhir, Cruise menunggang kuda untuk menyertai barisan hadapan tentera. Kuda yang ditunggang beliau tiba-tiba menendang salah seorang pelakon tambahan sehingga tertolak kebelakang.


American Sniper: Karya yang diangkat dari kisah sebenar tentang penembak tepat Amerika, Chris Kyle arahan Clint Eastwood. Bradley Cooper melakonkan watak Kyle dengan jayanya dalam filem ini namun terdapat satu babak di mana jelas kelihatan Cooper memegang anak patung sebagai anaknya. Lebih memburukkan lagi babak berkenaan, Cooper cuba menggunakan jarinya untuk menggerakkan tangan patung itu


Dallas Buyers Club: Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1985, dan jika anda perhatikan di belakang Ron Woodroof (Matthew McConaughey) adalah poster kereta Lamborghini Aventador, di mana model ini dikeluarkan pada tahun 2011.


Pretty Woman: Terdapat satu babak di mana Julia Roberts sedang menikmati roti croissant, dua saat kemudian croissant bertukar menjadi pancake.


James Bond - Quantum of Solace: Siapa tidak kenal perisik British, James Bond? Dalam Quantum of Solace, babak ejen 007 berada di pelabuhan danseorang pelakon tambahan yang berada di belakang Bond seolah-olah sedang sapu sampah. Jika diperhatikan dengan teliti, penyapunya tidak menyentuh lantai. 


Terima kasih kerana membaca Kesilapan Filem yang Anda Tidak Perasan

Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. haha kelakar la..

    kalau tengok masa dalam filem mmg tak perasan..yg stormtrooper terhantuk kepala & mamat tgh menyapu dalam filem james bond tu lawak...

    cantik template blog ni..kat mana nak dapatkannya ye nik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini http://www.premiumbloggertemplates.com/ :D

      Delete
  2. Haha. Jika tidak nampak ngan teliti, susah utk mendapati ade kesilapan dlm filem mcm nie.

    ReplyDelete
  3. artikel menarik. sangat menghiburkan. sememangnga utk membuat satu filem itu perlu kajian dan proses belajar yang matang

    ReplyDelete
  4. Kalau dengan tgk movie memang tak perasan ni. Maklum la tengah fokus dekat ceritakan. Hehe

    ReplyDelete
  5. sehebat diorang buat filem byk yg kantoi...

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Kelakar! Filem box office pun ade slack :p

    ReplyDelete
  7. hahaha .... lucu juga ni adegan adegan kesilapannya ... saya tertawa sendiri melihatnya

    ReplyDelete
  8. dah nama pun manusia, biasalah bila wat silapnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top