Punca Kemenangan Donald Trump

7
Punca Kemenangan Donald Trump. Sejarah telah tercipta, calon parti Republikan, Donald Trump, telah dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 selepas mengalahkan Hillary Clinton dalam Pemilihan Presiden Amerika Syarikat semalam.

Seperti mana yang kita tahu, Trump adalah seorang jutawan hartanah yang cukup terkenal bahkan beliau juga memegang status selebriti setelah menerbitkan rancangan realiti, The Apprentice. Kemenangan Trump mengejutkan banyak pihak kerana karisma lelaki ini tidak disukai dan bersifat perkauman.

Bagaimana Donald J Trump mampu menang pilihan raya ke atas calon pilihan Hillary Clinton walaupun tidak mempunyai latarbelakang politik dan ramai yang mencemuhnya?

Punca Kemenangan Donald Trump

Penentangan terhadap golongan elit. Walaupun Donald Trump ialah hartawan yang kaya raya, beliau merupakan rakyat biasa yang tidak mempunyai latarbelakang politik. Amerika yang sebelum ini terbuka dalam membawa masuk imigran dan neo-liberal sejak Perang Dingin membuatkan rakyat bimbang berlaku situasi sama seperti yang dihadapi Britain sebelum mereka keluar dari Kesatuan Eropah iaitu Brexit.


Tumpuan minoriti Clinton. Clinton hanya tertumpu kepada kelompok kecil rakyat Amerika yang memperjuangkan hak wanita, LGBT, masyarakat Amerika-Latin, dan golongan berkulit hitam. Manakala Trump bijak memancing undi majoriti 62% rakyat berkulit putih untuk terus menguasai Amerika seperti tahun 1980 iaitu zaman kegemilangan negara Uncle Sam itu.


Skandal email Hillary Clinton. Trump mengambil kesempatan terhadap pendedahan FBI yang membuktikan Clinton bersalah kerana menggunakan server email peribadi untuk tujuan rasmi ketika berada dalam Jabatan Negara. Tindakan itu merupakan kesalaham besar kerana boleh menjejaskan maklumat sulit negara. Lebih memburukkan lagi keadaan, Jabatan Kehakiman seolah-olah menutup sebelah mata kes itu ditutup tanpa sebarang pertuduhan jenayah ke atas Clinton. 


Undian dari golongan kulit putih. White supremacy atau pro kulit putih masih membelenggu negara itu. Golongan ini merasakan Amerika telah diambil alih oleh orang lain. Mereka ingin mendahului bangsa lain dengan menolak kemasukkan imigran. Bangsa asing yangmasuk menyebabkan peluang pekerjaan tidak memihak kepada rakyat sendiri. Oleh itu golongan berkulit putih yang tidak mempunyai kelulusan universiti rata-rata mengundi dan menjadi punca kemenangan Trump.

James Comey. Campur tangan pengarah FBI, James Comey, untuk tidak mendakwa Clinton terhadap skandal email pada hari-hari terakhir sebelum pilihan raya banyak membantu kemenangan Trump. Tindakan Comey telah mengubah fikiran pengundi atas pagar. 

sumber: Market Watch
Entri sebelum ini - Siapa Casey Neistat

Terima ksih kerana membaca Punca Kemenangan Donald Trump
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. hmm harap dia dapat la hidayah

    ReplyDelete
  2. Agak risau juga trump menguasai politik dunia..

    ReplyDelete
  3. semoga negara kita tidak menerima kesan yang negatif

    ReplyDelete
  4. memang jem.. semoga kita sentiasa mendapat lindungan & rahmat dari Allah SWT ..

    ReplyDelete
  5. saya tak faham kenapa akan jadi negatif kalau pilih trump. sebab rata2 ketawakan us sebab pilih trump. anyway bilangan tidak keluar mengundi juga ramai sekitar 48%. jangan negara kita jadi camni sudahlah. mengundi penting, suka atau tak suka.

    ReplyDelete
  6. kok bisa yaa orang kek gtu jadi presiden,,,

    ReplyDelete
  7. seperti itulah kualitas masyarakat amerika klo persidenya rusak kayak trump..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top