Siapa Casey Neistat?

8


Siapa Casey Neistat? Bagi mereka yang gemar menonton video kreatif, berkaitan gajet, reka cipta, skateboard, atau video yang dirakam menggunakan teknologi drone di Youtube, nama Casey Neistat mungkin tidak asing lagi. 

Beliau menjadi perhatian ramai sejak dua tahun lalu dan menerima pelbagai pujian dengan penghargaan di atas kreativitinya. Namun siapa sebenarnya lelaki berkaca mata hitam bernama Casey Neistat ni? What is Casey famous for?

Siapa Casey Neistat?

Casey Neistat, 36, merupakan seorang pembikin filem dari Amerika Syarikat yang menetap di New York. Beliau menghasilkan pelbagai jenis video sepanjang lebih 14 tahun dalam bidang tersebut. Karya yang dihasilkan bukanlah filem yang ditayangkan di pawagam, tetapi iklan untuk syarikat terkenal dunia.


Antara syarikat besar yang pernah menggunakan khidmat Casey adalah Mercedes-Benz, Nike, 20th Century Fox, Vogue Magazine, New York Times, Samsung, dan banyak lagi. Dengan menyelitkan penceritaan menarik, kembara, dan idea segar, teknik ini berkesan apabila dapat menarik minat mereka yang tidak suka menonton iklan.

iPod Dirty Secret

Video pertama yang menjadi viral adalah iPod Dirty Secret (2003) yang mendedahkan taktik licik Apple menghasilkan bateri iPod yang hanya mampu bertahan selama 18 bulan. Video tersebut tersebar luas walaupun pada ketika itu laman Youtube masih belum wujud.

HBO The Neistat Brothers

siapa casey neistat

Saban tahun, lelaki yang berasal dari Connecticut ini tidak pernah berhenti dari menghasilkan filem pendek. Kreativiti Casey menarik minat rangkaian televisyen terkemuka, HBO, untuk menerbitkan siri autobiografi bertajuk The Neistat Brothers yang memaparkan pengembaraan bersama abang beliau, Van, pada 2010.

Bintang Youtube

Bermula pada tahun 2010 Casey menjadikan Youtube sebagai platform utama untuk beliau menerbitkan filem pendek. Sejak tahun lalu, beliau memuat naik satu video setiap hari dengan memaparkan kehidupannya setiap hari di bandar New York.

Casey bukanlah pelopor dalam menghasilkan video dairi atau daily vlog di Youtube. Trend ini telah bermula sejak 2009 lagi. Namun dia telah memberi nafas baru dalam meningkatkan kualiti vlog. Beliau merupakan individu pertama vlogging menggunakan kamera DSLR dan tripod jenis GorrilaPod. Mutu vlog ditingkatkan dengan menambah muzik latar belakang dan rakaman time-lapse. Kini semua bintang Youtube menggunakan teknik beliau.


Bukan itu sahaja, kreativiti beliau dalam do it yourself (DIY) turut menjadi daya penarik. Apa sahaja yang tidak kena di matanya akan diubahsuai mengikut keselesaan dan citarasa.  Selain itu studionya yang terletak di Broadway, New York turut mendapat perhatian ramai. Apatah lagi beliau mempunyai trademark tersendiri iaitu kaca mata hitam dan skateboard elektrik.


Kesungguhan Casey dalam mencari sudut time-lapse menarik, kehebatan video yang dirakam menggunakan drone, serta suntingan video membuatkan penonton terpesona. Pada saat entri ini ditulis, saluran Youtube-nya kini mencecah 5,630,532 pengikut walaupun baru dua tahun bergelar daily vlogger.

Disiplin dan etika kerjanya juga membuatkan bapa kepada dua orang anak ini cukup disegani.

Video yang dihasilkan pernah beberapa kali menjadi viral di internet seperti Aladdin magic Carpet Prank, Snowboarding with NYPD, $21,000 First Class Airplane Seat, Pokemon Go In Real Life, dan banyak lagi. Kehebatannya menarik minat beberapa syarikat terkemuka untuk menjalinkan kerjasama.


Samsung sebagai penaja utama Anugerah Oscar 2016 menjemput Casey ke acara tersebut dan merancang supaya beliau meluncur dengan skateboard sewaktu Leonardo DiCaprio memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Ini adalah gimik yang dirancang oleh Samsung untuk memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Samsung Gear 360. Namun rancangan itu dibatalkan disaat akhir. What a bummer!

Aplikasi Beme

Pembikin filem, vlogger, Casey juga merupakan seorang usahawan. Beliau adalah pengasas aplikasi perkongsian video, Beme. Anda boleh baca kat sini > Beme: Aplikasi Perkongsian Video. Yang mana saya dapat tshirt rasmi dan beberapa keping stickers!


I have been watching Youtube vloggers more than I watch tv for yearsss and never seen anything like he does. Kalau tak silap video pertama Casey yang saya tonton adalah $13,238.86 Left in a NYC Taxi yang dimuat naik pada 2012. And I imediately hooked up.

Jika anda belum pernah menonton videonya, you are missing out! Stop reading trashy stories on Facebook, and watch Casey Neistat videos.

Terima kasih kerana membaca Siapa Casey Neistat?
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oh baru tahu pasal Casey Neistat, thanks kongsi info ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Suka tengok waktu dalam flight berstar-star. Fuh.. Mewah.

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
  3. wah follower casey gak ek. hehe kita geng!

    ReplyDelete
  4. Saya follow dia ni. Mesti layan video video dia. Dia meletup sebab naik tikar terbang di tengah tengah NY.

    ReplyDelete
  5. Berbakat besar orangnya. First time dengar namanya nih, almaklumlah jarang sangat tengok citer omputih

    ReplyDelete
  6. Seorang kreatif dan berdedikasi dengam tugasnya

    ReplyDelete
  7. dah subscribe lama video dia. memang takleh tahan tu kekadang tgk die bukak barang bersepah kat opis dia..memahal plak tuh.ahaha..video die lepas tgk satu, nak tengok lagi satu.hahaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top