Ahad, 27 November 2016

Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria


Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria. Sejak kebelakangan ini drama bersiri yang ditayangkan di Astro Ria sering mendapat tempat di hati penonton. Selepas fenomena Suri hati Mr Pilot, stesen televisyen berbayar itu akan menyajikan sebua lagi drama terbaru bertajuk ISTERI TUAN IHSAN

Terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, drama rantaian 20 episod ini juga merupakan karya yang diadaptasi novel popular dari tajuk yang sama tulisan Sara Kyoko. 

isteri tuan ihsan

drama isteri tuan ihsan

Harris Baba pelakon isteri tuan ihsan

Isteri Tuan Ihsan dibintangi Amyra Rosli dan Aaron Aziz sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, dan Ruzana Ibrahim.

Saksikan drama yang mula bersiaran pada 5 Disember 2016 ini setiap Isnin hingga Khamis 10 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

Seroja Irdina, gadis moden yang dibesarkan di Kuala Lumpur. Sering ke kelab malam, berbusana bak artis Hollywood, dan berhibur bersama rakan-rakan sudah sebati dengan jiwanya. Namun, tidak siapa yang tahu apa yang beliau pendam selama ini.
Manakala Tuan Ihsan, jejaka berkerjaya, kaya raya,. namun terlajak usia. Hidupnya dipenuhi kisah hitam yang menghantui dirinya menyebabkan Tuan Ihsan ingin lari dari cinta.
Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. 
Ibu Seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.
Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni ke dalam hidup 'si tua' ni?

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

6 ulasan:

  1. banyak betul dah jadi tuan ye sekarang.

    haha

    BalasPadam
  2. Aaaa. Suka Amyra rosli.. Nak follow lah cte ni..

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
  3. nampak nya menarik juga ceritanya ni

    BalasPadam
  4. Sejak buang astro ni dah tak follow cerita-cerita macam ni..Kalau nak tengok kena pergi youtubelah..

    BalasPadam
  5. mmmmm selalunya tidak berkesempatan tengok citer2 best cegini... anyway thanks share..

    BalasPadam