Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3. Mengisi Slot Samarinda Tv3, stesen nombor satu negara itu membawakan sebuah lagi drama hebat buat penonton setianya. Terbaru, drama LARA CINTA AMEENA, bersiaran menggantikan Umairah yang tamat pada baru-baru ini.
Lara Cinta Ameena terbitan Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua ini mula bersiaran pada 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam.
Drama 15 episod ini diterajui Tiz Zaqyah dan Raja Afiq sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, dan ramai lagi.
Sinopsis drama Lara Cinta Ameena di Tv3
Berkisarkan anak yatim piatu, Ameena, yang ditakdirkan jatuh cinta dan berkahwin dengan Radhuan si anak hartawan. Namun perkahwinan mereka tidak berkekalan akibat fitnah yang ditabur ibu Radhuan sendiri iaitu Puan Kirana.
Ameera diceraikan lalu membawa diri ke Sabah. Radhuan pula berkahwin dengan Ezaty yang tidak dicintainya pada masa yang sama memendam rindu terhadap bekas isteri. Di Sabah
Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa
kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat.
Baca: Tip Bisnes Aiskrim
Pertemuan tak
terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali.
Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya.
Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila
mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini.
Lagu tema / OST Lara Cinta Ameena: Haqiem Rusli - Segalanya
Entri sebelum ini - Cara Dapatkan Diskaun Produk Kecantikan
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3
Bagus juga tengok lakonan Tiz Zaqyah
ReplyDeletemesti best cerita ini kan...
ReplyDeletekapten mukhriz berlakon ek. comellah dia
ReplyDeleteminggu ni dah last...tapi cik tom xpernah plk tgok..nmpk kat iklan tv je..hihi
ReplyDelete