Sabtu, 12 November 2016

Fenomena Supermoon 14 November 2016


Fenomena Supermoon 14 November 2016. Menurut Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi orang ramai bakal menyaksikan fenomena supermoon iaitu bulan akan kelihatan jauh lebih besar dari biasa pada 14 November ini. Kali terakhir supermoon berlaku adalah pada 68 tahun lalu.

Supermoon diramalkan berlaku pada jam 7pm dan berada pada fasa penuh/purnama pada 9.54pm waktu Malaysia.

Apa itu supermoon?

Supermoon atau istilah astronomi- perigee adalah fenomena di mana bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi dan bulan akan kelihatan lebih besar dari biasa pada fasa purnama. Bagaimanapun bentuk bulan tidak berubah sama sekali.


Fenomena supermoon pernah berlaku pada Mei 2012, 23 Jun 2013, Ogos 2014, dan September 2015. Namun ia tidak sama seperti apa yang bakal berlaku pada 14 November ini kerana kerana supermoon berada pada jarak lebih dekat dengan bumi sejak 68 tahun.

Orang ramai digalakkan melihat fenomena ini kerana ia diramalkan berlaku 18 tahun akan datang.

Entri sebelum ini - Punca Kemenangan Donald Trump

Terima kasih kerana membaca Fenomena Supermoon 14 November 2016

4 ulasan:

  1. fenomena yang unik.. jarang sekali fenomena supermoon ni berlaku.. semua ini kebesaran tuhan

    BalasPadam
  2. SubhanAllah..memang nampak berbeza dan bulan kelihatan besar dari biasa..terang benderang

    BalasPadam
  3. Tak dapat la nak tengok. Waktu tu mendung semacam je

    BalasPadam