Sabtu, 17 Disember 2016

10 Youtuber Terkaya 2016


10 Youtuber Terkaya 2016. Siapa cakap menghasilkan video Youtube dari rumah tidak dapat hasil lumayan? Dengan jutaan penonton dan pengikut saluran, advertorial, serta beberapa sumber lain sudah cukup menjadikan selebriti Youtube menjana pendapatan belasan juta $USD setahun. 

Ada yang tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh menerima pendapatan sehingga mampu bergelar jutawan? Untuk pengetahuan, sumber utama mereka adalah dari Google Adsense. Sama seperti blogger, mereka menerima bayaran melalui iklan yang terpapar pada video. Bayangkan jika mereka mendapat 3 juta tontonan untuk setiap video.

Berkaitan: Siapa Casey Neistat?

Kita semakin menghampiri akhir tahun dan majalah Forbes telah mengeluarkan senarai Youtuber yang mendapat bayaran paling tinggi pada 2016. Senarai lengkap adalah seperti di bawah.

10 Youtuber Terkaya 2016

#1 Pewdiepie : $15 Juta

Setakat ini belum ada individu yang mampu merampas takhta Pewdiepie, atau nama sebenarnya, Felix Kjellberg, seorang pemain permainan video tegar yang berasal dari Sweden. Pewdiepie digelarkan sebagai 'Raja Youtube' kerana mempunyai jumlah pengikut paling ramai dan video yang dimuat naik secara keseluruhannya mencecah 13 billion tontonan. 


Pewdiepie dilaporkan meraih pendapatan mencecah $15 juta pada 2016. Selain itu beliau turut memiliki membintangi Scares Pewdiepie iaitu siri original terbitan Youtube Red. Tidak cukup dengan itu beliau turut menerbitkan buku bertajuk This Book Loves You yang mencatat jualan tertinggi NY Times Magazine dan menandatangani kontrak bersama Walt Disney.

Dek kerana cukup berpengaruh, Felix baru-baru ini menggertak Youtube akibat tidak berlaku adil dengan mengubah sistem paparan hadapan yang mengakibatkan beliau dan Youtuber lain berdepan pengurangan jumlah penonton. Beliau mengancam akan memadam akaunnya selepas melepasi 50 juta pengikut. Namun itu hanyalah jenaka sahaja.

#2 Roman Atwood : $8 juta

Jika anda gemar menonton video prank, pastu tidak dapat lari dari menonton prank kejam dari Roman Atwood. Atwood secara puratanya memiliki 21 juta pengikut termasuk saluran Youtube Roman Atwood Vlogs yang memaparkan kehidupan seharian bersama keluarganya. Beliau dilaporkan menerima mendapatan sebanyak $8 juta pada 2016.

#3 Lilly Singh : $7.5

Tempat ketiga yang berpendapatan $7.5 ialah Lill Singh atau nama salurannya, Superwoman. Pelawak yang berketuruna India dari Kanada gemar meniru gaya ibu bapanya yang konservatif. Seperti Pewdiepie, Lilly turut memupunya siri bersama Youtube Red. Popularitinya mendapat perhatian media utama sehingga dijemput ke rancangan temubual terkenal, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon sebanyak dua kali.
#4 Smosh : $7 Juta


Anthony Padilla dan Ian Hecox menghasilkan sketsa komedi dan dimuat naik pada saluran Smosh. Smosh merupakan antara yang terawal dalam mengahsilkan video selepas Youtube ditubuhkan pada 2005. Mereka berjaya menempa nama dan masih lagi relevan sehingga ke hari ini. Padilla dan Hecox merupakan Youtuber pertama yang memiliki patung lilin di Madame Tussauds. 

#5 Tyler Oakley & Rosanna Pasino : $6 Juta

Sama seperti Smosh, Tyler Oakley juga antara 'pioneer' Youtuber. Dengan hanya mempunyai personality dan petah berkata-kata sudah cukup untuk Oakley meraih lapan juta pengikut dan $6 juta pada tahun ini. Beliau turut menjadi peserta rancangan realiti The Amazing Race musim ke 28. Menambah satu lagi kejayaan dalam portfolionya, Oakley turut mempunyai segmen khas dalam rancangan temubual The Ellen Show. 

#5 Rosanna Pansino : $6 Juta


Berkongsi kedudukan dengan Oakley, Rosanna Pansino, yang menghasilkan video resepi masakan yang kebakkannya diinspirasikan dari filem terkenal. Selepas menghasilkan lebih 100 video masakan, beliau turut menerbitkan buku resepi yang mencatat jualan tertinggi NY Times Magazine. 

#7 Markiplier : $5.5 Juta

Sama seperti Pewdiepie, Markiplier juga merupakan pemain permainan video tegar. Markiplier atau nama sebenarnya, Mark Fischbach, dahulu menuntut dalam jurusan Biomedical Engineering mengubah fikiran untuk menyara kehidupannya dengan bermain permainan video sepenuh masa. Siapa angka beliau kini bergelar jutawan. 

#7 German Garmendia : $5.5 Juta


Satu-satunya Youtuber terkaya 2016 yang menghasilkan video dalam bahasa Spanish. Garmendia merupakan seorang pelawak yang menghasilkan video sketsa komedi mendapat erhatian sehingga mempunyai lebih 30 juta pengikut. 

#10 Rhett and Link : $5 Juta


Rhett James McLaughlin dan Charles Lincoln 'Link' Neal, pemilik saluran Good Mythical Morning membuat penonton ketawa dengan memuat naik pelbagai jenis video memberikan reaksi terhadap uji rasa makanan dan cabaran pelik. 

#10 Colleen Ballinger : $5 Juta

Colleen Ballinger berjaya meraih $5 juta pada tahun ini melalui karakter rekaanya, Miranda Sings, iaitu penyayi bersuara sumbang yang menjengkelkan. Ballinger turut membintangi filemnya sendiri, 'Haters Back Off' yang disiarkan di penstriman video atas talian, Netflix.

Baca: Waktu Terbaik Upload Instagram

Kita sudah sebati dengan Youtube kerana laman perkongsian video itu salah satu platform hiburan masa kini. Lagipu kita lebih banyak menghabiskan masa menggunakan internet berbanding menonton tv. Mungkin ini adalah faktor utama kenapa mereka mampu bergelar jutawan.
sumber: Forbes


Terima kasih kerana membaca 10 Youtuber Terkaya 2016

7 ulasan:

  1. Pergh..kite kena target mcm ni gk thun dpn nik..huhu..n cntik iklan adsense tu..tahniah berjaya gk..

    BalasPadam
  2. Wow bertuahnya badan dapat menghasilkan pendapatan dengan media sosial.

    BalasPadam
  3. wow, juta-juta duitnya dan pengikutnya...kaya kaya hehe

    BalasPadam
  4. Pewdiepie tu memang power.. 50M subscriber tu. Apa pawang dia pakai. hahaha

    BalasPadam
  5. wahh, baru tahu pasal semua nih, thanks sharing

    BalasPadam
  6. Bestnya jadi kaya ye Nik...
    Hakak ni nak jadi kaya entah bilalah. Syukurlah dengan apa yg ada....hihi

    BalasPadam