Jumaat, 23 Disember 2016

Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab


Adam Saleh dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab. Trending di media sosial semalam apabila bintang Youtube beragama Islam, Adam Saleh, dihalau dari pesawat Delta Airlines, kerana berbahasa Arab dan salah seorang penumpang menyuarakan rasa kurang selesa dengan bahasa tersebut.

Adam Saleh, 23, warga Amerika Syarikat yang berketuruan Yaman merakam detik beliau dan rakannya, Slim, dihalau oleh krew Delta Airlines.


Melalui video berdurasi 1 minit 29 saat, Adam mendakwa beliau bercakap dengan rakannya serta ibunya melalui telefon dalam bahasa Arab dan perbualannya didengari penumpang lain. Penumpang tersebut memberitahunya yang dia berasa kurang senang dengan bahasa Arab.

"Saya bagaikan tidak percaya. Saya hanya bercakap bahasa Arab dan ada penumpang berasa tidak selesa. Kamu semua rasis!"

Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab


Selain itu Ada turut meluahkan rasa kecewa kerana penumpang lain mengeluarkan kata-kata lucah tidak dihalau manakala dia diarahkan keluar hanya kerana berbahasa asing. 

Adam dibawa keluar oleh kapten sebelum melalui pemeriksaan keselamatan. Mereka kemudian menaiki pesawat syarikat penerbangan lain untuk ke New York dari London.

Fake Prank? 

Video ini menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai raksi netizen. Ramai yang beranggapan Delta Airlines rasis terhadap penumpang beragama Islam. Ini mungkin berikutan beberapa serangan bom yang berlaku sejak kebelakangan ini yang melibatkan panganut agama Islam.

Walaubagaimanapun bagi mereka yang pernah menonton saluran Youtube Adam Saleh sudah pasti boleh menghidu taktik licik selebriti yang mempunyai 1.6 juta pengikut ini.

Adam sering memuat naik video yang berunsur diskriminasi terhadap bangsa lain terhadap orang Islam di Amerika seperti video "Pulling Hijab Off Experiment". Malah, beliau pernah memadam video prank-nya kerana ia terbukti lakonan semata-mata. 

Delta Airline dalam satu kenyataan berkata, "Adam tidak bercakap dengan ibunya melalui telefon tetapi memekik terhadap rakannya serta sengaja mencetuskan provokasi. Penumpang yang berkelakuan sebegini tidak dialu-alukan dalam pesawat kami."


Seriously, do not believe anything that you read or watch on the internet. First of all, Adam Saleh ni salah seorang pranksters terkenal di Youtube. Bintang Youtube khususnya pransters sanggup lakukan apa sahaja untuk publisiti. Mereka sanggup buat 'fake pranks', tajuk video berunsur lucah atau 'click bait' untuk memancing penonton. Lebih banyak tontonan, lebih banyak duit yang bakal mereka terima.

Entri sebelum ini - Buat Duit dengan UBER

Terima kasih kerana membaca Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab

8 ulasan:

  1. Sekarang ini lagi banyak sekali tayangan di US yang seperti ini

    BalasPadam
  2. Dia baru buat show kat sini,

    BalasPadam
  3. Nampak video ni viral tapi tak tengok lagi

    BalasPadam
  4. macam2 video viral sekarang tapi kalau bab racist seeloknya tapis lah

    BalasPadam
  5. biasa..aku tengok dulu videonya.

    saja-saja buat ke, lakonan ke..atau betul-betul jadi.

    susah nak percaya zaman sekarang nih.

    BalasPadam
  6. Kalau setakat prankster macam ni... memang siapa je yang nak suka

    BalasPadam
  7. Macam-macam hal sekarang ni...

    BalasPadam
  8. prank rupanya. tak pasal2 jatuh fitnah kalau kita cepat percaya

    BalasPadam