Selasa, 13 Disember 2016

Domain Terbaik di Malaysia

Domain Terbaik di Malaysia. Sudah menjadi impian setiap blogger untuk memiliki blog yang tampak profesional. Setelah menerbitkan entri secara berterusan dan mempunyai penbawa yang ramai, anda pasti ingin menaiktaraf blog ke level yang seterusnya.

Salah satu cara untuk menaiktaraf blog adalah dengan memiliki domain sendiri. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.

Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Mempunyai domain sendiri bukanlah satu kemestian. Ia tidak menjamin masa depan blog anda. Akan tetapi, domain bagus untuk penjenamaan dan dilihat mempunyai ciri-ciri komersial dalam dunia blogging.

Tak ada cara lain untuk memiliki domain selain membelinya dari syarikat yang menawarkan pemilikan nama domain. Tak mahal pun sebab anda cuma perlu bayar sekali setahun. Tapi persoalannya, kat mana nak beli domain yang terbaik dan murah?

Domain dan Hosting Terbaik di Malaysia

Saya cadangkan anda beli dari NETKL sebab ia merupakan syarikat tempatan yang dah lama beroperasi dan dipercayai. Mereka menawarkan pelbagai jenis pakej domain, hosting dan servis lain untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Saya sendiri beli dari NetKL,

Harga domain berpatutan

Dah banyak syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting. Yang membezakan mereka adalah harga yang ditawarkan. Masa saya beli pada 2014, harganya cuma RM35 setahun. Tapi sekarang dah meningkat kepada RM45. Tapi NetKL menjual domain termurah berbanding pesaingnya. Anda boleh semak syarikat lain yang menawarkan servis sama, ada yang mencecah RM60 setahun!

Khidmat pelanggan memuaskan

Satu lagi perkara yang saya suka tentang NetKL adalah customer service mereka yang cekap ketika berurusan. Laju je reply email bila bertanyakan soalan. Lepas buat pembayaran, tak sampai 5 minit blog dah ber-dotcom! Lagi pun mereka beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari!


Disyorkan ramai blogger

Sebelum beli domain dulu saya dah buat research dan ramai blogger otai mencadangkan supaya beli dari NetKL. Banyak review positif mengatakan domain dari NetKL memang terbaik.


NetKl memang highly recommended. Jika berminat nak beli domain boleh beli di sini >> www.netkl.com

Entri sebelum ini - Waktu Terbaik Update Instagram

Terima kasih kerana membaca Domain Terbaik di Malaysia

6 ulasan:

  1. yup..netkl salah satu tempat terbaik nak beli domain..

    BalasPadam
  2. owh..ingatkan company mana tadi..ehhe..lama dah company ni..tapi bese le..tempat beli domain ada banyak..tp lebih selesa guna namecheap,namesilo,godaddy..senang nak manage domain sendiri..:D

    BalasPadam
  3. saya ada 3 domain yang aktif...banyak juga perlu dibayar dalam setahun

    BalasPadam
  4. Pernah guna perkhidmatan NetKL masa mula-mula dahulu. :)

    BalasPadam
  5. Mungkin I akan mempertimbangan pakai hosting dari NetKL jika visitor di laman I bertambah ngan byk. Harap trafik akan tambah secepat mungkin.

    BalasPadam