Isnin, 5 Disember 2016

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya


Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya. Setelah bertahun-tahun apply, akhirnya permohonan untuk memaparkan iklan Adsense diluluskan! Bukan senang nak approve sebab syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengiklanan dari Google ni sangat ketat.

Banyak cabang untuk buat duit dengan blog antaranya Klikjer, Revenuehits, Mobicow, dan Agoda. Yang tu saya dah cerita panjang lebar dalam entri - Cara Buat Duit dengan Blog. Tapi  rata-rata blogger memasang impian untuk mendapatkannya kerana income Adsense agak lumayan, blogger akan menerima bayaran dalam matawang USD.

Saya sendiri mula memohon Adsense sekitar 2012 lagi tapi asyik kena reject atas faktor bahasa. Ini kerana pada waktu itu Adsense masih belum menyokong blog berbahasa Melayu. So, saya buat blog English.... pun kena reject.

Kemudian bila Adsense mula menyokong blog berbahasa Melayu pada 2015, maka ramai blogger tempatan mula memohon termasuk saya. Adsense ni kadang-kadang suka mainkan perasaan orang. Permohonan saya lulus peringkat pertama di mana saya perlu letak code dan tunggu arahan seterusnya. Tapi tu diorang senyap macam tu je. Lama jugak tunggu respon diorang hinggakan akaun saya dimatikan dengan alasan tidak aktif.

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya

Saya apply balik dalam bulan Ogos 2016, ikut semua syarat dan langkah yang ditetapkan.... Selepas dua bulan akhirnya permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya!! Apa lagi, terus pasang kod iklan dan ia mula terpapar pada blog.

Email dari Adsense

Relief sangat bila dah ada akaun penuh Adsense sebab dah bertahun apply, tak pernah lepas! Apa yang bestnya, kita akan mula dapat earnings walaupun tak sampai 24 jam letak iklan dalam blog.

Iklan yang relevant akan muncul. Contohnya macam gambar di bawah, iklan TM Unifi yang boleh menang tiket tengok bola di Old Trafford. Yang ada Unifi boleh join contest ni, saya tak boleh join sebab dah pernah  menang dulu.. Baca kat sini >> Pengalaman Menonton Aksi Man United di Old Trafford.



Bagaimana kiraan pembayaran Adsense?

Untuk info, Adsense membayar Cost-Per-Click (CPC) agak tinggi. Ia boleh mencecah USD1 setiap kali pengunjung klik pada iklan. Selain itu blogger akan menerima kira-kira USD0.50 untuk setiap 1000 paparan atau Cost-Per-Views (CPV).

Yang masih kena reject tu jangan give up, sementara tunggu aproval dari Adsense anda masih boleh buat duit dengan blog dengan beberapa cara lain seperti yang sebut kat atas. Bila dah approved, jangan langgar pantang larang!

Mungkin dalam entri akan datang saya akan kongsikan elemen yang perlu ada dalam blog untuk lulus Adsense.

17 ulasan:

  1. Wah, tahniah Nik. Berbaloi segala usaha yang dilaburkan

    BalasPadam
  2. Tahniah Nik Khazami...... Saya tumpang gembira je..... Moga boleh jana income USD kaw-kaw....

    BalasPadam
  3. tahniah... sama la jangka masa kita tunggu approve. 2 bulan jugak 😂

    BalasPadam
  4. Tahniah. Untuk blog yang ramai pengunjung macam ni, memang sesuai lah adsense tu. Semoga berjaya cashout setiap bulan. Jadikan sasaran.

    BalasPadam
  5. tu la. Adsense ni kekadang bengong gak.

    sabaq ajelah. haha

    BalasPadam
  6. Wah tahniah sangat2 dapat full akaun google adsense. Makin bertambahla gamaknya pendapatan blog tu :-) Lepas ni kena ingat2 jangan samapi kene band je dah la ek huhu..keep up the good work!

    BalasPadam
  7. TQ http://freezagroup.blogspot.my/

    BalasPadam
  8. Sekarang adsense jual mahal sebab ramai orang nampak kelebihan dia. By the way, tahniah dah lulus adsense. Jaga acc elok2.

    BalasPadam