Sabtu, 31 Disember 2016

Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017

Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017. Ramai yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kelam kabut memohon dan mengemaskini permohonan beberapa hari menjelang tahun baru. Usah risau kerana Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan yang tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017. 

Bagi penerima BR1M yang masih belum sempat mengemaskini atau membuat permohonan anda masih mempunyai masa untuk berbuat demikian secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.


Jumlah bayaran BR1M 2017
  • Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 - RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 - RM900
  • Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 - RM450
  • E-Kasih - RM1,200
Tarikh pembayaran BR1M 2017

Untuk pengetahuan tarikh pembayaran BR1M dibuat secara asuran sebanyak tiga kali kecuali bagi kategori individu bujang. 



Peringkat
Tarikh Pembayaran
Jumlah
Fasa 1
Februari
RM400
Fasa 2
Jun
RM400
Fasa 3
Ogos
RM400

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau talian bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

 Entri sebelum ini - Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu di Tv3

Terima kasih kerana membaca  Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017
 

6 ulasan:

  1. nasib baik telah dilanjutkan..senanglah sikit bagi mereka yang suka membuat kerja last-last minit.

    BalasPadam
  2. Orang kita memang suka buat kerja last minute... hehehe

    BalasPadam
  3. oh ditangguhkan lagi ek..okay la utk yg xsempat nak kemaskini..boleh cepat2 buat sebelum tamat tarikh yg baru..

    BalasPadam
  4. Tinggal berapa hari je ni, kena cepat ni sebelum terlepas

    BalasPadam
  5. Sempat lagi kalo nk kemaskini BR1M ni..

    BalasPadam